STR Bujang 2024:Kadar Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Setiap Fasa
STR Bujang 2024 adalah bantuan Tunai untuk individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas.Bagi mereka yang belum lagi membuat permohonan.,Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 1 November 2023
Anda dah buat permohonan baru dan sudah buat semakan?Jika belum boleh rujuk SINI untuk maklumat mengenai permohonan Baru.
Apakah itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.Pemberian bantuan adalah mengikut kategori yang telah di tetapkan.
Antara bantuan sebelum ini ialah termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Kelayakan permohonan STR Bujang 2024
Pemohon bujang layak menerima bantuan ini jika memenuhi kategori yang di tetapkan:
i) Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Semakan Permohonan
Untuk membuat semakan permohonan boleh rujuk cara berikut:
Maklumat Terkini dan status pembayaran boleh di rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 2024
Untuk semakan,ikuti langkah di bawah:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Jumlah Bayaran STR Bujang
Untuk Penerima Bujang,jumlah pembayaran adalah RM350.Boleh rujuk jadual di bawah:
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori isi rumah miskin dan miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai isi rumah miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 12 bulan
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | |
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan |
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM1,200 (RM100 sebulan) |
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM300 |
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM150 |
Tarikh Pembayaran Setiap Fasa
Berikut adalah tarikh bagi setiap pembayaran mengikut fasa:
- Fasa 1 – 29 Januari 2024
- Fasa 2 – 03 April 2024
- Fasa 3 –29 Ogos 2024
- Fasa 4 – November 2024
Semua : RM350
Boleh juga baca: Tarikh dan jumlah Pembayaran Bagi Setiap fasa STR 2023
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
- Talian Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9am – 5pm)
- Portal Rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/ atau https://budget.mof.gov.my/ms/
- Laman Sosial Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
NOTA:Hebahan Terkini akan kami kemaskini dari masa ke semasa.
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang