Semakan dan Tarikh Pembayaran GKP Tambahan 2021
Bila Tarikh Pembayaran GKP Tambahan 2021 akan dibayar?Seperti yang kita sedia maklum,Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) dimana ia bertujuan untuk membantu golongan peniaga dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.
KEMASKINI 15 FEBRUARI
Tarikh Kemaskini Maklumat Akaun Bank anda untuk GKP Tambahan adalah dari 15 Februari 2021 hingga 15 Mac 2021
Individu yang Kemaskini GKP Tambahan adalah :
- Jika status pembayaran GKP 1.0 dan 2.0 adalah Gagal Kredit
- Akaun bank bagi permohonan GKP 1.0 dan GKP 2.0 sudah tidak aktif
- Maklumat akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon
- Pastikan nombor akaun bank masih AKTIF
Cara untuk kemaskini Maklumat Akaun Bank anda:
- Pergi ke portal rasmi GKP di pautan https://gkp,hasil.gov.my
- Klik Log Masuk untuk kemaskini maklumat

3.Masukkan ID Pengguna dan klik Semak

4.Sahkan kata kunci keselamatan dan klik Ya

5.Masukkan kata laluan dan klik Log Masuk

6.Pergi ke Menu Kemas Kini Akaun Bank
7.Masukkan nombor akaun bank terkini yang aktif
Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan)
Sudah tentu ramai yang tidak Sabar untuk mengetahui Tarikh Pembayaran GKP Tambahan 2021 ini.
Artikel berkaitan
Untuk Makluman,GKP Tambahan adalah Bantuan kewangan yang diberikan secara terus atau one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Kerajaan akan meluaskan GKP Tambahan ini kepada:
- 500,000 PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000
- Manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500
Boleh juga baca: Permohonan Baru Geran Khas PRIHATIN Bantuan RM3000 Untuk PKS
Syarat kelayakan GKP Tambahan
Siapakah yang layak menerima bantuan GKP tambahan ini?Geran Khas Prihatin Tambahan ini akan diberikan kepada:
- Penerima yang lulus GKP 1.0
- Penerima yang lulus GKP 2.0
- Pemohon rayuan GKP yang lulus
Anda boleh membuat Semakan kelulusan GKP 2.0 anda yang sebelum ini melalui pautan berikut https://gkp.hasil.gov.my/
Jika semakan dibuat berjaya dan lulus, automatik anda layak menerima GKP Tambahan tanpa membuat sebarang permohonan buat masa ini.
Berapa Jumlah Bantuan Prihatin Khas Tambahan
Bantuan GKP Tambahan akan di berikan secara one-off sebanyak:
- PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
- PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
Bila Tarikh Pembayaran GKP Tambahan 2021?
Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin Tambahan mengikut pihak LHDN adalah seperti berikut:
Tarikh bayaran adalah Mac 2021
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pembayaran GKP 1.0 dan 2.0 iaitu
- Dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.
- Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Soalan Lazim GKP Tambahan
Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI?
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Siapakah yang akan menerima GKP Tambahan?
GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Berapakah amaun bantuan GKP Tambahan?
Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:
PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500
Bilakah tarikh pembayaran GKP Tambahan akan dibuat?
Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021.
Bagaimanakah kaedah pembayaran GKP Tambahan akan dilaksanakan?
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.