Tasha Shilla nafi tempah baju kahwin

0

tasha shila @128.199.196.51

Tasha Shilla nafi tempah baju kahwin

10 Dis – Pelakon jelita Tasha Shilla menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah menempah pakaian untuk perkahwinannya apabila memuat naik gambarnya dengan jejaka yang dikaitkan dengannya iaitu Hen Chen bertemu pereka fesyen, Ezuwan Ismail.

“Baju itu akan kami gayakan pada majlis persandingan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Tema malam itu ialah hitam putih. Kami akan berpakaian sedondon. Lagipun, hitam memang warna kesukaan Hen Chen,” ujar Tasha kepada HIP.

Dalam pada itu, Tasha mengakui rapat dengan Hen, namun tidak berani hendak mengulas lanjut selagi belum berkahwin.

“Kalau hendak cakap kami bercinta, Tasha tak berani nak kata apa-apa sebab selagi belum berkahwin, apa saja boleh berlaku. Kalau betul Tasha nak kahwin, pasti akan Tasha maklumkan kepada semua. Bukannya menerusi akaun Instagram.”

Sementara itu, peninju Muay Thai berusia 24 tahun itu mengakui mencintai aktres berusia 26 tahun itu selepas diperkenalkan seorang rakan di sebuah majlis jamuan.

“Memang saya mencintainya, tetapi kami belum memikirkan untuk ke fasa seterusnya kerana hubungan ini masih baru. Kita tengok saja nanti.

“Apa yang penting saya selesa berkawan dengan Tasha. Saya ikhlas berkawan dengannya, bukan kerana dia seorang selebriti. Malah, saya tidak tahu pun dia seorang artis kerana sebelum ini saya menetap di Thailand.”

Tambah Hen lagi, jika dia kelapangan dia akan meluangkan masa untuk menjenguk Tasha di lokasi penggambaran.

Pada masa sama, jejaka berbangsa Cina ini turut memberitahu dia sudah bersedia berdepan kesan apabila kisah cinta dia dan Tasha yang merupakan seorang selebriti menjadi bualan dan perhatian ramai.

Sumber diambil dari my.entertainment.yahoo.com

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More