Tuhan Harun Ditangkap

0

Ketua ajaran sesat, Tuhan Harun Ditangkap, Senarai Ahli Ajaran Sesat Tuhan Harun, Ritual Pelik Ajaran Tuhan Harun, Penipun Kumpulan Haram Tuhan Harun, Universiti Universal Overhead God Tuhan Harun, Gambar Ketua ajaran sesat Tuhan Harun didedahkan.

tuhan harun

Ketua Kumpulan Ajaran Sesat yang digelar Tuhan Harun atau nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah itu sebelum ini. Seorang jiran hanya pernah ternampak seorang lelaki bernama Hairi di laman rumah Tuhan Harun. Namun lelaki itu tergesa-gesa masuk selepas menyedari ada seseorang melihatnya.
Penduduk berhampiran menyangka Kumpulan Ajaran Sesat itu adalah satu sekeluarga dan baru menyewa rumah di Taman itu. Kehidupan Tuhan Harun sekeluarga agak aneh kerana tidak pernah bertegur sapa dengan jiran tetangga. Selain itu Kumpulan Ajaran Sesat itu juga menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang bercermin gelap, manakala pintu dan pagar sentiasa ditutup rapat.

Kumpulan Ajaran Sesat Tuhan Harun

Sistem pengajian Ajaran Sesat Tuhan Harun mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara modus operandi ajaran sesat Tuhan Harun dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai.

Universiti Universal Overhead God Tuhan Harun

Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai Universiti Universal Overhead God kepada lebih 300 pengikutnya. Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu Intake baru diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat Doktorat dan tahap paling tinggi dinamakan Doctor World of God yang dikatakan setaraf PhD.

Penipun Kumpulan Haram Tuhan Harun

Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor.

Ritual Pelik Ajaran Tuhan Harun

Antara ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau jamming lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai Tuhan Harun. Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.
tuhan harun 2

Pada April 2013 lalu, Tuhan Harun didakwa di Mahkamah Syariah Kuantan atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan. Kemudian Harun dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua tuduhan menerima deposit secara haram sebanyak RM40 juta daripada beberapa buah syarikat dan orang ramai.

Senarai Ahli Ajaran Sesat Tuhan Harun

  • Harun Mat Saat, 47, Kelantan
  • Mohd Khalilie Zazali, 31, Selangor
  • Pius Anahong, 40, Sabah
  • Othman Abdullah, 48, Kedah
  • Muhamad Tirmidzi Othman, 17, Kedah
  • Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, Kedah
  • Hashim Zakaria, 38, Kelantan
  • Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27, Selangor
  • Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 25, Selangor
  • Mohammad Nazrul Zakaria, 38, Kelantan
  • Lukman Harun, 20, Kelantan
  • Husin Ismail, 43, Kelantan
  • Mohd Rozi Akasah, 38, Malacca
  • Mohd Edham Mohd Nizam, 18, Selangor
  • Shamsul Amri Abu Hassan, 44, Pahang
  • Syahiszam Soid, 40, Negri Sembilan
  • Khairul Amir Akasah, 34, Putrajaya
  • Muhammad Harun, 21, Kelantan
  • Norhairi Harun, 41, Johor
  • Saufi Harun, 18, Kelantan
  • Sharizal Shamsuddin, 32, Selangor
  • Azida Mohd Zol, 30, Terengganu
  • Kheairus Ali, 47, Kedah
  • Norhafizah Mohd Azam, 28, Selangor
  • Shuzliana Mokhtarudin, 29, Perak
  • Farhein Othman, 22, Kedah
  • Mahni Harun, 12, Selangor (Harun’s daughter)
Harun Harun dan Kumpulan Ajaran Sesat yang dikehendaki polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ditahan di sebuah rumah berkembar di Jalan Puteri 2/15, Taman Bandar Baru Tangkak bersama seorang wanita dipercayai isterinya kepada Tuhan Harun, Azida Mohd Zol yang berumur 30 tahun.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More