Cara Tukar Amaun i-Sinar ke jumlah pengeluaran maksimum

0 1,796

Cara Tukar Amaun i-Sinar.Mulai 8 Mac 2021,anda boleh tukar amaun pengeluaran iSinar walaupun anda telah lulus dan menerima sebahagian bayaran.

Berdasarkan FAQ i-Sinar yang terkini oleh KWSP, ahli boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar walaupun sekiranya permohonan anda telah diluluskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

Cara Tukar Amaun i-Sinar ke jumlah pengeluaran maksimum

Syarat untuk membuat pertukaran Amaun i-Sinar

Berikut adalah syarat-syarat yang di perlukan:

  1. Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
  2. Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.

Jadi anda buat pilihan yang betul semasa membuat pertukaran kerana pertukaran hanya sekali sahaja di benarkan.

Jumlah pengeluaran iSinar Tanpa Syarat yang boleh di keluarkan

Berikut jumlah pengeluaran yang dibenarkan:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Tarikh permohonan untuk Tukar Amaun i-Sinar

Berikut adalah tarikh-tarikh untuk membuat permohonan:

Permohonan i-Sinar adalah di buka sehingga 30 Jun 2021.

Walau pun begitu,tarikh untuk membuat pertukaran atau pindaan maklumat dan pembatalan adalah pada 31 Disember 2021

Cara Tukar Amaun i-Sinar ke pengeluaran maksimum

Untuk pertukaran amaun,boleh rujuk langkah di bawah:
1.Layari laman web isinar.kwsp.gov.my

2.Klik menu ‘PINDAAN PENGELUARAN

3.Kemudian, isikan butiran diri anda seperti dalam permohonan sebelumnya.

tukar amaun i-sinar
cara tukar amaun i-sinar

4.Pada bahagian ‘Amaun Dimohon’, isikan amaun yang anda inginkan.

5.Sila buat semakan sebelum membuat pengesahan.
PENTING: Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat SEKALI sahaja.

6.Klik ‘Hantar’.

Maklumat Penting: Selain pertukaran amaun,anda juga boleh membuat permohonan:

  1. Nombor telefon bimbit; dan/atau
  2. Alamat surat menyurat; dan/atau
  3. Butiran akaun bank; dan/atau
  4. Maklumat bayaran : Nama Bank, Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) dan/atau Pilihan Lokasi Serahan Arahan Bayaran.

Tarikh Pembayaran/Kelulusan Jumlah Baru i-Sinar

Proses Kelulusan untuk satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja.Ia bermula untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan  mengenai i-Sinar,sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.

Maklumat lengkap berkaitan pertukaran amaun i-Sinar,boleh rujuk Soalan lazim di SINI.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More