Panduan Buat Tuntutan Bayaran Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat
Skim Perlindungan Masyarakat atau mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Skim Perlindungan Masyarakat atau Skim mySalam akan memanfaatkan 8 juta penerima daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) Mereka yang menepati syarat yang ditetapkan akan mendapat bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari bersamaan dengan RM 700 setahun. Melalui skim ini juga, penerima bantuan layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sekiranya menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti yang disenaraikan dalam laman sesawang rasmi MySalam dengan bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga polisi takaful tamat..
KEMASKINI OKTOBER 20:
Proses dan cara membuat tuntutuan Skim Perlindungan Kesihatan mySalam COVID-19
Semakan kelayakan
- Pemohon berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Bagi individu bujang, pemohon perlu berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
- Bagi individu OKU pula perlu berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Cara dan membuat tuntutan mySalam COVID-19
- Layari portal rasmi mySalam iaitu https://www.mysalam.com.my/ dan klik butang ‘Log Masuk ke Portal.’
- Bagi yang baru mendaftar, klik butang ‘Log Masuk Kali Pertama.’
- Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang ‘Hantar.’ Kata laluan akan dihantar melalui SMS.
- Klik ‘Tuntutan’ dan diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan.’
- Kemudian, klik ‘Tuntutan Hospitalisasi.’
- Isi butiran merangkumi:
i) Tarikh masuk wad/mula kuarantin.
ii) Tarikh keluar wad/tamat kuarantin.
iii) Nama hospital/premis bukan hospital (bagi kes kuarantin). - Muat naik dokumen iaitu:
i) Kad Pengenalan depan dan belakang.
ii) Nota discaj (kemasukan wad sahaja) atau;
iii) Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja). - Kemudan klik ‘Lampirkan. ‘
- Klik ‘Hantar’ dan kemudian klik ‘Setuju.’
- Semakan status tuntutan boleh dibuat dengan klik pada ‘Status Tuntutan.
Carta Alir proses penuntutan mySalam Covid-19
FAQ
Isi Kandungan Tutup
Bolehkan tuntutan dikemukakan bagi kuanrantin secara sukarela (self-quarantine)?
Tidak boleh. Sebarang tuntutan oleh pemohon bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Adakah diagnosis atau rawatan berkaitan COVID-19 perlu dijalankan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang disenaraikan melalui laman web mySalam sahaja?
Tidak. Manfaat penggantian pendapatan pemohon akan dibayar bagi kemasukan ke hospital di mana-mana Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, pusat kuarantin yang mempunyai kemudahan hospital, pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital, atau kuarantin di rumah (home quarantine).
Saya bukan penerima Bantuan Sara Hidup. Bagaimana cara untuk menerima perlindungan mySalam?
Hanya pemohon tergolong dalam kategori B40 dan penerima Bantuan Sara Hidup sahaja layak menerima mySalam.
Apakah definisi bagi PUI/Patient Under Investigation?
Takrifan boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan: PUI/Patient Under Investigation
TERKINI : Skim Perlindungan Masyarakat atau mySALAM (Perluasan kepada bukan penerima BSH / M40)
Perluasan Skim MySalam yang kini dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat kepada bukan penerima BSH atau golongan M40 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Februari 2020
KIM mySALAM (BELANJAWAN 2020) |
Pembentangan Belanjawan 2020 menyaksikan Skim mySalam akan diberi penambahbaikan bermula 1 Januari 2020 iaitu: |
45 penyakit kritikal termasuk penyakit polio dan terminal berbanding 36 penyakit yang dilindung dibawah skim ini |
Individu berumur 65 tahun berbanding 55 tahun ketika ini layak untuk menerima skim ini |
Bukan golongan B40 atau individu yang berpendapatan kasar sehingga RM100,000 setahun turut akan menerima bayaran bagi penyakit kritikal sebanyak RM4,000 dan bayaran gantian pendapatan sebanyak RM50 sehari terhad kepada 14 hari sekiranya didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan sahaja |
Ringkasan intipati Bajet 2020 Belanjawan Malaysia Semua Sektor |
CARA MEMBUAT TUNTUTAN MySALAM SECARA ONLINE SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN MASYARAKAT
Artikel berkaitan
Berikut dikongsikan cara-cara mebuat tuntutan, tarikh mula pelaksanaan serta lain-lain info penting berkaitan MySalam skim perlindungan kesihatan seperti yang diumumkan oleh kerajaan:
Tarikh mula dan tamat Skim Perlindungan Kesihatan MySALAM |
Tarikh skim |
1 Januari 2019–31 Disember 2023 |
Sebarang penyakit yang didiagnos sebelum tarikh di atas tidak akan mendapat perlindungan daripada MySalam skim perlindungan kesihatan |
Tarikh tamat MySalam skim perlindungan kesihatan bergantung kepada kemampuan polisi dengan dana RM 2 billion yang dijangka mampu bertahan sekurang-kurangnya untuk lima tahun |
Cara Buat Tuntutan Bayaran Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat |
Sila layari pautan di bawah untuk membuat tuntutan dariapada MySalam skim perlindungan kesihatan |
MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN Aplikasi Permohonan Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan MySalam Melalui skim ini, hanya mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan telah menerima makluman tentang MySalam skim perlindungan kesihatan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja yang layak membuat tuntutan |
Senarai penyakit yang dilindungi Skim Perlindungan Kesihatan MySALAM
Berikut adalah senarai 45 penyakit seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan:
Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama |
Tumor Otak Benigna |
Pembedahan Otak |
Kardiomiopati Teruk |
Koma |
Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih |
Kegagalan Hati Tahap Akhir |
AIDS Peringkat Teruk |
Serangan Jantung |
HIV Akibat Transfusi Darah |
Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) |
Trauma Kepala Utama |
Penyakit Neuron Motor |
Distrofi Otot |
Penyakit Parkinson |
Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius |
Pembedahan Aorta |
Pelecuran Tahap Ketiga |
Penyakit Terminal (Membawa Maut) |
Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan |
Poliomielitis |
Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik |
Jenis-jenis tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan
Tuntutan Bayaran 45 Penyakit Kritikal |
Layari laman sesawang rasmi MySalam dan log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS |
Tekan butang Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form |
Pergi ke hospital yang anda dapatkan rawatan bersama borang yang sudah dicetak dan minta doktor untuk melengkapkan borang tersebut |
Kemudian imbas borang yang telah lengkap tersebut dan muat naik ke dalam sistem |
Layari laman sesawang rasmi MySalam dan tekan butang Claims > Claims Submission > CI Claims |
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti: Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang) |
Tekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda |
Tuntutan Bayaran Elaun Wad Ganti Harian |
Minta surat keluar wad / discharge note daripada hospital. Pastikan surat tersebut mempunyai maklumat tarikh masuk dan keluar wad kemudian imbas surat tersebut dan muat naik ke dalam sistem |
Layari laman sesawang rasmi MySalam kemudian log masuk dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah dihantar secara SMS |
Tekan butang Claims > Claims Submission > Hospitalization |
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen seperti: Surat Keluar Wad / Discharge Note Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang) |
Tekan butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan anda |
TARIKH MULA MEMBUAT TUNTUTAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN |
Mula & Tamat |
1 Mac 2019–31 Disember 2023 |
Penerima yang layak boleh mula membuat tuntutan melalui laman sesawang rasmi bermula tarikh di atas |
INFO PENTING MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN |
Jika penerima berjaya membuat tuntutan, bantuan akan dimasukkan terus ke akaun penerima yang telah didaftarkan dalam sistem BSH |
Tempoh 14 hingga 21 hari diambil untuk bayaran tuntutan dikreditkan ke dalam akaun penerima skim |
Tuntutan untuk kategori bayaran gantian harian adalah maksimum RM 700 setiap tahun dan akan diperbaharui setiap tahun sehingga 31 Disember 2023 |
Tuntutan untuk kategori sakit kritikal pula akan mendapat bayaran sebanyak RM 8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga 31 Disember 2023 |
Tuntutan bayaran akan diberi kepada penerima sekiranya mendapat rawatan di hospital kerajaan sahaja |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut mengenai MySalam skim perlindungan kesihatan sila rujuk maklumat berikut: |
Kementerian Kewangan Malaysia No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA |
Hubungi: 03-8000 8000 |
Hubungi khidmat pelanggan: 1-300-88-8938 (24 jam) |
Faks: 03-88823893 / 03-88823894 |
E-mel Rasmi: [email protected] |
Laman Sesawang Rasmi MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat |
FAQ MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (Cara Buat Tuntutan) |
