Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara

2

Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara

Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara:

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini mesti bersatu menguatkan barisan dan memantapkan perjuangan untuk memastikan Islam terus terpelihara dan berada pada martabat yang tinggi serta mulia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam kini berdepan cabaran yang amat besar untuk mengekalkan kemuliaan agama dan kekuatan ummah berpandukan pedoman Al-Quran dan Al-Sunnah.

Justeru, beliau berkata resepi terbaik adalah dengan menjadikan syariat Islam asas panduan dan pedoman dalam segenap aspek kehidupan.

“Umat Islam tidak boleh membiarkan anasir-anasir jahat merosakkan kemuliaan agama kita.

“Usaha tersebut tentunya bukan sesuatu yang mustahil kerana Rasulullah S.A.W. sendiri berjaya membimbing masyarakat Islam terawal sehingga menjadi umat yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul 1434/2013.

Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara

Selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Muhyiddin mengajak masyarakat Islam di negara ini bermuhasabah melihat sejauh mana umat Islam berpegang kepada ajaran Islam dan melaksanakan segala titah perintah Allah dan RasulNya.

Katanya, sambutan Maulidur Rasul adalah salah satu cara umat Islammenunjukkan sanjungan serta kasih sayang terhadap perjuangan dan pengorbananRasulullah S.A.W. yang tidak pernah kenal erti penat, gentar jauh sekali dibelenggu rasa kecewa demi mengembangkan Islam dalam keadaan serba kekurangan sekaligus berjaya menyatukan umat manusia di bawah satu agama.

“Adakah kita telah menjadikan perjuangan Rasulullah S.A.W. sebagai panduan hidup kita terutamanya dalam memelihara penyatuan ummah di negara kita, dan juga dalam memastikan Islam menjadi agama yang dihormati.

“Jika kita sedar tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. maka tentulah sambutan pada hari ini akan menjadi lebih bermakna,” katanya.

Muhyiddin juga mengajak umat Islam di negara ini untuk melipatgandakan usahamenjadi umat yang terbaik, sederhana dan adil dalam apa juga yang dilaksanakan.

Umat Islam Perlu Bersatu Pastikan Islam Terus Terpelihara

Komen anda?

Komen

2 Comments
  1. beruangbuluh says

    ummat islam kena bersatu 🙂

    1. emrys says

      betul3x

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More