Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara Daftar Kelahiran Anak secara online di Portal JPN

0 4,251

Daftar Kelahiran Anak secara online.Seperti yang kita sedia maklum,semua hanya di hujung jari,pendaftaran kelahiran anak anda sekarang boleh di lakukan secara online sahaja tanpa perlu beratur di kaunter.Ini menjimatkan masa dan pendaftaran boleh di lakukan di rumah.

Pendaftaran secara online boleh di lakukan di Portal JPN dan seiring dengan keadaan semasa,ini sangat sesuai dengan tidak menggalakkan orang ramai berkumpul dan penjarakan sosial.

Cara Daftar Kelahiran Anak secara online di Portal JPN

Cara Daftar Kelahiran Anak secara online

Pendaftaran secara online boleh dilakukan boleh langkah-langkah berikut:

1.Lawati Portal JPN di pautan https://www.jpn.gov.my. Klik Perkhidmatan Dalam Talian

2.Klik Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian

Daftar Kelahiran JPN Online

3.Selepas itu, anda akan di bawa ke halaman INI rujuk gambar di bawah.

4.Pemohon perlu membuat pendaftaran di Portal MyGovernment dahulu sebelum log masuk ke sistem.

5.Pergi ke Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama dan lengkapkan maklumat anda

6.Pemohon akan menerima emel dari mygovernment@malaysia.gov.my. Anda hendaklah klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.

Daftar kelahiran anak JPN

7.Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.

8.Pengguna akan dibawa ke notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya, di sini anda klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.

Daftar kelahiran anak JPN online

9.Sebagai pengguna baru,perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.

10.Pemohon akan di bawa ke halaman utama setelah anda berjaya Log Masuk

panduan daftar kelahiran JPN online

Proses Permohonan Pendaftaran kelahiran Anak

Bagi yang sudah mendaftar dan log in ke dalam akaun,boleh ikut langkah pendaftaran di bawah:

  1. Pemohon hendaklah membaca semua terma & syarat yang diberikan
  2. Jika bersetuju dengan terma yang diberikan, klik pada butang Setuju untuk meneruskan permohonan.

3.Pemohon perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.

Pendaftaran kelahiran anak Online JPN

4.Pemohon perlu melengkapkan borang tersebut dan klik butang “Seterusnya”

5.Pemohon perlu melengkapkan borang tersebut dan klik butang “Daftar”

Daftar Kelahiran Online JPN

6.Jika pemohon memilih status “Berkahwin” pada ruang status Taraf Perkahwinan, skrin ini akan dipaparkan.

7.Sila lengkapkan borang berkenaan, dan klik butang “Daftar”.

8.Maka Paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan

Proses daftar kelahiran JPN online

Pemohon boleh mencetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter bagi urusan pendaftaran seterusnya

Ok,segalanya sudah siap dan anda bersedia untuk hantar borang tersebut untuk proses pendaftaran seterusnya.Biasanya proses akan memakan masa yangc cepat.Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memudahkan proses pendaftaran

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusyikalan dan masalah,boleh hubungi :

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via