Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dah Daftar Touch ‘n Go eWallet?Baru-baru ini Touch ‘n Go eWallet (TNG) telah melaksanakan fungsi DuitNow Transfer dimana anda boleh memindahkan wang dari akaun perbankan anda ke e-dompet tersebut.
DuitNow Transfer adalah fungsi pemindahan dana segera yang dimulakan dari akaun perbankan dalam talian dan juga eDompet yang mengambil bahagian.
Ia dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur pusat bersama untuk pasaran kewangan Malaysia.
Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).
TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.
Berikut adalah perkhidmatan menarik yang di tawarkan:
Boleh juga baca: Cara Mohon Baki Duit Kad Touch ‘N Go Bila Sudah Tamat Tempoh
Berikut adalah cara nak daftar Touch ‘n Go eWallet:
Penerangan lebih lanjut,rujuk video di bawah:
Untuk makluman,jika anda sudah membuat pautan kad Touch ‘n Go dengan eWallet anda, bayaran tol dan parking di lokasi tertentu akan ditolak dari baki eWallet anda melalui fungsi Paydirect.
Sebelum itu,anda tahu apakah fungsi PayDirect TNG.?
Langkah 1: Buka aplikasi Touch’n Go eWallet.
Langkah 2: Klik ikon PayDirect untuk tambah kad Touch’n Go (Jika anda belum tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet) Klik ikon PayDirect untuk menanda kotak persetujuan (Jika anda telah tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet)
Langkah 3: Tambah nilai eWallet anda melalui kad kredit/debit, perbankan Internet FPX, atau dengan PIN Tambah Nilai TNG.
Langkah 4: Gunakan kad Touch’n Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian (imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG)
Langkah 5: Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.
Makluman:
Paydirect ini hanya tersedia di Lembah klang Pulau Pinang dan Johor.
Senari penuh lebuhraya yang terlibat,boleh rujuk https://www.tngdigital.com.my/paydirect.
Untuk pengaktifan DuitNow Transfer,anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
Untuk Penerangan lebih Lanjut dan jelas,boleh rujuk video di bawah:
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
https://support.tngdigital.com.my/