Kitaran Haid Wanita-Memahami prosesnya dan cara mengira waktu subur wanita.
Apakah kitaran haid wanita?
Kitaran haid atau lebih di kenali sebagai menstruasi berlaku apabila seorang wanita mengalami pendarahan di faraj.Biasanya kitaran haid barbeza pada setiap wanita dan berlaku dalam jangkamasa 3-7 hari.Kitaran haid mengambil masa dia antara 21-35 untuk ke kitaran haid yang seterusnya.
Kitaran haid yang normal biasanya berlangsung selama 28 hari.Ada wanita juga yang mempunyai kitaran haid yang sangat pendek selama 21 hari sahaja dan sesetengahnya mempunyai kitaran haid sehingga 35 hari.kitaran yang terlalu pendek atau terlalu panjang menunjukkan bahawa kitaran haid anda adalah tidak normal,segera la berjumpa dengan doctor anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Memahami kitaran haid wanita
Anda perlu mengetahui waktu subur wanita kerana dari situ anda dapat merancang untuk mendapatkan anak atau sebaliknya.
Di dalam kitaran haid wanita ,terdapat beberapa fasa yang perlu anda ketahui
Fasa pertama:
Hari 1-4
Fasa ini di panggil fasa pengeluaran haid(darah)
-Fasa ini hendaklah di catat kerana ia adalah permulaan dimana fasa in bermula.Seelok-eloknya jika anda ingin mengandung ia hendaklah di tanda kerana anda akan dapat mengagak berapa kitaran haid anda dalam masa sebulan.
Hari 5-13
-Dalam fasa ini hormone estrogen wanita meningkat dan di panggil sbagai fasa collicular dimana darah akan semakin tebal di bahagian rahim sebagai persediaan untuk mengandung.Telur yang berada di ovari semakin matang di dalam bekasnya
Hari 14
Pada waktu ini proses ovulasi berlaku dimana telur akan keluar dari tempatnya untuk disebabkan hormone luteinizing (TH) yang meningkat secara mendadak.Pada fasa ini telur tersebut perlu disenyawakan atau sperma tersebut akan mati.Sebaliknya jika disenyawakan ia kan melalui saluran tiub fallopio ke rahim.
Hari 15-28
-Fasa luteal atau secretory dimana hormone progesterone akan dirembeskan setelah telur di keluarkan dari sarangnya dan ketika ini dinding rahim semakin menebal.Apabila tiada persenyawaan berlaku maka dinding rahim akan runtuh.
Waktu subur yang terbaik untuk kitaran haid wanita
Bagi suami isteri waktu terbaik untuk merancang mendapatkan anak adalah pada waktunya berlaku ovulasi kerana telur baru sahaja keluar dari sarangnya.Sebenarnya waktu yang paling subur dalam kitaran haid wanita berlaku pada hari yg ke-14 dari haid yang pertama dan seterusnya pada waktu permulaan fasa luteal.
Fasa luteal berlaku dimana mengikut kiraan biasa setelah proses evulasi terjadi manakala fasa follicular adalah berubah.Disebabkan itu lah waktu yang paling subur adalah selepas 14 hari haid wanita berlaku sebelum haid seterusnya.
Cara lain adalah dengan mengetahui bahawa suhu badan wanita tersebut adalah naik sebanyak 1 darjah celcius dan jugak terdapat cecair yg keluar melalui kemaluan disebabkan peningkatan hormone dalam badan.Anda juga boleh membuat ujian dengan menggunakan EVOLUTION TEST STRIP dimana ia dilakukan untuk mengesan hormon Luteinizing hormone di dalam urin.
Anda boleh rujuk gambar di bawah bagaimana ujian ini dilakukan.
Bagi yang mempunyai kitaran haid dalam 28 hari adalah mudah untuk anda mengira tetapi bagi yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur mereka mesti faham untuk mengira hari subur mereka.Sebagai contoh jika purata haid anda adalah 38 hari maka anda hendaklah menolak sebanyak 14 hari dari waktu tersebut maka hari yang ke 24 adalah waktu subur bagi anda.Pengiraan adalah bermula dari hari pertama haid anda dan seterusnya.Sebab itu la anda wajib mengetahui kitaran haid anda dan cara mengiranya.