Cara Mohon MyKasih Kapital Bantuan Wanita Berniaga RM1,000
MyKasih Kapital merupakan inisiatif dari kerajaan untuk bantuan wanita berniaga.Inisiatif ini diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dilancarkan sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021.
Melalui pembentangan Bajet 2022,kerajaan telah memberikan dana sebanyak Rm 5 Juta untuk program ini bagi menggalakkan wanita berniaga dan menjana pendapatan dari rumah.Program ini merupakan bantuan asas modal perniagaan yang akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal.Program ini akan di laksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).
Syarat kelayakan untuk memohon MyKasih Kapital
Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
- Golongan wanita sahaja
- Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
- Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
- Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
Boleh juga baca: Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan/ Negeri JKM Maksimum RM 350 Sebulan
Jumlah Bantuan
Bantuan yang di berikan ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.
Kerajaan bersetuju untuk memberi modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya penerima berkelayakan untuk wanita berniaga
Objektif utama adalah :
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
Cara Membuat permohonan
Permohonan boleh di buat dengan mengemukan permohonan melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKM
Untuk bertanya berkenaan permohonan boleh hubungi:
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
61200 Putrajaya