Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cara Tuntut Wang KWSP Oleh Waris.Apakah akan jadi kepada wang KWSP jika pencarum tersebut meninggal dunia?Untuk makluman anda,jika anda mempunyai ahli keluarga yang mencarum di KWSP dan telah meninggal dunia anda boleh tuntut wang tersebut jika anda adalah waris atau penama yang telah di tetapkan.
Meskipun anda boleh membuat pengeluaran KWSP si mati tetapi ia tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.Jom kami kongsikan cara-cara nk tuntut wang KWSP jika pencarum meninggal dunia
Baca juga baca : Panduan Urus Tukar Penama KWSP Dan Tiada Penama
Terdapat dua syarat pengeluaran iaitu melalui penamaan dan tanpa penamaan Berikut adalah makluman syarat-syarat pengeluaran tersebut.
Ada beberapa situasi pula, pencarum KWSP tak meletakkan apa-apa penama, jadi waris yang terdekat yang layak untuk memohon. Waris ni dibahagikan kepada dua pula, iaitu:
Anda di nasihatkan untuk menyediakan semua dokumen-dokumen penting selengkapnya sebelum membuat permohonan dan pastikan dokumen tersebut ada.Terdapat dua jenis dokumen iaitu dokumen penting dan dokumen sokongan.Boleh rujuk maklumat lebih lanjut di bawah:
i. Sijil lahir pemohon, jika penamaan yang didaftar oleh ahli menggunakan Sijil Kelahiran pemohon.
ii Ahli KWSP (Si Mati) Belum Berkahwin
• Sijil Kelahiran Ahli, sekiranya pemohon adalah ibu atau bapa ahli; ATAU
• Sijil Kelahiran Ahli, Sijil Kelahiran Pemohon serta Sijil Kematian Ibu bapa ahli, sekiranya pemohon adalah adik beradik ahli.
iii. Ahli KWSP (Si Mati) Telah Berkahwin
• Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan.
iv. Ahli KWSP (Si Mati) Bukan Islam Telah Berkahwin Sebelum 1 Mac 1982
• Surat Akuan Sumpah Kahwin DAN Sijil Kelahiran Anak Ahli.
v. Ahli KWSP (Si Mati) Telah Bercerai
• Sijil Penceraian Ahli; DAN
• Dokumen bukti pertalian ahli dengan pemohon
vi. Surat Kuasa
• Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi); ATAU
• Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah); ATAU
• Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah); ATAU
• Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB) ATAU
• Surat Kuasa Mentadbir (Pejabat Daerah Sarawak) ATAU
• Surat Kuasa (Mahkamah Anak Negeri Sabah)
Nota: Salinan Surat Kuasa perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa atau sekiranya dokumen asal atau pendua dikemukakan, salinan dokumen Surat Kuasa berkenaan boleh disahkan oleh pegawai kaunter KWSP. Surat Kuasa yang dicetak secara ‘online’ juga perlu disahkan oleh pengeluar Surat Kuasa yang berkenaan. Pihak Peguam adalah tidak dibenarkan sebagai pengesah kepada salinan Surat Kuasa.
vii. Penama Meninggal Dunia
• Sijil Kematian Penama
NOTA Penting Langkah -langkah pengeluaran adalah:
Sebarang masalah dan pertanyaan,boleh hubungi saluran-saluran seperti berikut