Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bantuan Awal Persekolahan 2025 RM150 One OFF bila dapat
Terkini,Bantuan awal persekolahan RM150 diberikan kepada semua murid bermula pada 11 Januari 2026
Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dalam persiapan persekolahan anak-anak mereka. Dengan sokongan ini, diharapkan semua kanak-kanak dapat menikmati akses yang lebih baik kepada pendidikan, tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka.
BAP adalah merupakan bantuan yang diperkenalkan pada tahun 2012 dimana fokus bantuan ini adalah untuk membantu keluarga yang susah dan miskin untuk memulakan persekolahan anak mereka.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, bantuan secara ‘sekali bayar’ itu akan memberi manfaat kepada 5,254,200 orang murid.
Bayaran akan disalur melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
Kriteria kelayakan kepada murid-murid yang layak menerima BAP 2026 ialah
a) Murid warganegara Malaysia:
b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2026; dan
c) Murid bersekolah di :
i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney
Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah
Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.
Ibu bapa tidak perlu mengisi apa-apa borang,hanya perlu membuat kemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah.
Permohonan BAP akan di berikan tanpa mengira had pendapatan dan semua pelajar bakal menerimanya jika memenuhi syarat yang di tetapkan.
Kadar bantuan BAP adalah sebanyak RM150 kepada setiap murid dan di bayar secara one-off bermula Januari 2026
Manakala kaedah pembayaran adalah melalui
1)Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
2)Sama ada secara:
Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2026ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.
Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi persekolahan 2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.
Pembayaran dijangka akan dilakukan bermula Januari 2025
Adakah KPM menyediakan talian hotline khusus untuk memberikan penjelasan berkaitan BAP?
Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari laman web rasmi