Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
APDM KPM Modul kemaskini data.Aplikasi Pangkalan Data Murid atau APDM KPM secara amnya merupakan satu Modul kemaskini data berkaitan murid. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi bagi penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.
Untuk tahun 2022, berikut beberapa maklumat penting yang perlu anda tahu.Para ibu bapa / penjaga perlu mengemaskini beberapa maklumat asas melalui sistem ini. Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah:
APDM KPM adalah lebih kepada merekodkan biodata murid,kehadiran murid dan banyak lagi berkaitan data murid di sekolah tersebut.Secara umumnya, personel yang terlibat dalam menggunakan APDM KPM adalah pegawai pentadbir APDM di PPD dan JPN, guru kelas dan seorang pegawai yang ditugaskan di sekolah.
Mohon bantuan guru sistem aplikasi untuk lakukan langkah yang berikut :
1. Login menggunakan kod sekolah, (cth idpengguna = ABC1234)
2. Klik pendaftaran kelas, cari nama kelas/guru yg dimaksudkan,
3. Klik kemaskini,
4. Akhir sekali klik butang Kemaskini Maklumat Kelas.
Jika masalah masih sama walaupun setelah semua langkah di atas dilakukan, sila emel ke apdm.team@moe.gov.my
Terdapat dua fungsi utama aplikasi ini iaitu:
Murid boleh didafatarkan melaui guru kelas masing-masing melalui menu ‘Data Murid’.Semak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.
Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.
Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.
1. Mengeksport Data
Seperti yang kita tahu data yang terdapat didalam sistem ini adalah begitu lengkap dan menyeluruh.Oleh sebab itu, ianya sangat berguna jika dapat di eksport ke dalam mana-mana sistem kerana semua data sudah ada tersedia.
Berikut dikongsikan secara ringkas cara muat turun maklumat data murid sekolah dalam bentuk Excel:
2. Kemaskini Maklumat Pelajar
Rekod murid boleh dibuang / dipadam dari sistem melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘ Data Murid’.Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.
Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.
3. Kemaskini Data Guru
Jika ingin mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas sediada, guru kelas boleh melakukannnya dengan meminta Administrator APDM sekolah supaya mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sedia ada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran
PERHATIAN: Jika guru terlupa kata laluan atau mengalami masalah untuk mengakses sistem portal APDM, hubungi pihak admin sekolah tersebut dan minta supaya katalaluan guru itu diresetkan.
Sebarang masalah dan pertanyaan lebih lanjut,boleh rujuk:
1.Portal Rasmi (Laman Web)
2. Nombor Telefon
3. Senarai Pegawai Meja