ePASTI Online:Syarat kemasukan dan Cara daftar Tadika PASTI
ePASTI Online atau PASTI Online merupakan satu sistem atas talian (online) untuk pengurusan pendaftaran murid baru tadika PASTI.Untuk makluman,PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam merupakan pusat Taska yang dimiliki oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Tadika ini menawarkan kuriklum yang berlandaskan pendidikan islam dalam setiap pembelajaran.Sehingga hari ini,PASTI terus komited menjadi Pusat Asuhan Awal Kanak-Kanak PraSekolah yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah
Silibus Pembelajaran Tadika PASTI
Berikut adalah silibus yang diajar di dalam setiap pembelajaran:
- Subjek Fardhu Ain teori dan amali
- Hafazan surah-surah pendek al Quran
- Hafal doa-doa harian dan baca hadis-hadis yang mudah
- Belajar asas bahasa Arab, Inggeris, Melayu
- Belajar asas tulisan Jawi & Matematik
- Praktikal solat & wuduk setiap hari
- Didikan adab dan cara hidup Islam secara menyeluruh.
Boleh juga baca: Guru Ganti: Cara Mohon Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah Sepanjang Tahun
Cara Daftar ePASTI Online
Berikut adalah cara daftar PASTI Online:
- Layari website rasmi PASTI Malaysia di pautan berikut www.pastimalaysia.com
- Klik Pendaftaran Murid (untuk permohonan baharu sahaja).
- Masukkan KOD PASTI dan klik butang MASUK. (Untuk dapatkan KOD PASTI, ibu bapa boleh rujuk pada kertas info pendaftaran murid baharu. Ibu bapa juga boleh mohon KOD PASTI pada guru PASTI yang ingin didaftarkan anak.)
- Pastikan Maklumat anak yang hendak di daftar adalah lengkap dan betul sebelum mengisi borang.
- Kemudian, isikan maklumat ibu bapa / penjaga dengan lengkap dan betul
- Seterusnya, isikan semua Maklumat Pasangan yang perlu
- Sekiranya pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat di bahagian tertentu, sila taip ‘TIADA MAKLUMAT’.
- Klik butang Simpan setelah semua maklumat lengkap di isi
- Terakhir isikan semua Maklumat Murid dengan tepat dan lengkap. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat diisi.
Makluman : Pemohon dikehendaki untuk taip semua maklumat dengan HURUF BESAR.
Sila klik butang CETAK untuk dapatkan Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu. Selesai!
Bagaimana pula jika anda ingin menambah pendaftaran anak yang seterusnya?
Jika anda nak daftar anak seterusnya,anda tekan butang KEMBALI dan boleh ikuti langkah berikut
Cara Daftar PASTI Online untuk anak Seterusnya
Nota : Panduan ini hanya terbuka kepada ibu bapa yang ingin tambah permohonan pendaftaran anak kedua dan seterusnya sebagai murid baharu di PASTI yang SAMA.
- Sila klik butang Daftar Anak untuk mulakan pendaftaran anak yang seterusnya sebagai murid baharu PASTI.
- Kemudian, teruskan langkah yang sama.
- Setelah pendaftaran lengkap, cetak Slip Permohonan Kemasukan Murid Baharu dan hantarkan ke PASTI yang dipohon dengan kadar yang segera untuk tujuan pengesahan permohonan.
- Anda juga boleh hantarkan dalam bentuk gambar melalui aplikasi Whatsapp kepada Pengurus atau Guru Pasti.
- Setelah pengesahan permohonan diterima, ibu bapa / penjaga dikehendaki untuk merujuk kepada pihak PASTI berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan pembayaran.
Untuk panduan bergambar lengkap pendaftaran Tadika PASTI,boleh rujuk panduan INI
Cara Semak permohonan
Permohonan boleh di semak melalui cara berikut:
- Layari website Rasmi di pautan www.pastimalaysia.com
- Isikan No MayKad anak yang memohon
- Seterusnya klik SEMAK STATUS PERMOHONAN .Keputusan permohonan akan terpapar
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk:
Website Rasmi : PASTI Malaysia
Tadika PASTI Yang berdekatan dengan Anda.