Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pendaftaran TABIKA/TASKA KEMAS Sesi 2026/2027 — Panduan Lengkap Cara Mohon untuk Ibu Bapa
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk si manja, dan pendidikan awal kanak-kanak adalah titik permulaan yang paling penting. Bagi anda yang sedang mencari pusat prasekolah berkualiti untuk anak, TABIKA dan TASKA KEMAS merupakan pilihan terbaik yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Berita baik kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 3-6 tahun dan berminat untuk menghantar anak mereka ke Taman Asuhan Kanak-Kanak atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS.Pendaftaran dalam talian TABIKA KEMAS bagi sesi persekolahan 2027 dijangka akan mula dibuka pada pertengahan April 2026. Ini merupakan langkah baharu KEMAS dalam memperkemaskan sistem pendaftaran secara online bagi memudahkan urusan ibu bapa di seluruh negara. Jadi, pastikan anda bersedia dan tidak terlepas peluang ini kerana tempat adalah amat terhad!
Untuk makluman pendaftaran sudahpun di buka bermula dari 25 Mei 2025 sehingga 31 Ogos 2025.
KEMAS merupakan rancangan pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Sasaran umur untuk TASKA adalah bagi kanak-kanak 2 hingga 4 tahun manakala TABIKA pula adalah untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun.Ringkasannya adalah seperti di bawah:
Permohonan di buka bermula pada pertengahan April 2026.Pendaftaran dalam talian bagi sesi 2027 akan dibuka selepas pendaftaran Tahun 1 sekolah kebangsaan ditutup pada 31 Mac 2026.
Langkah ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 bagi memastikan akses pendidikan awal terus tersedia kepada semua kanak-kanak Malaysia
Berikut adalah syarat yang telah di tetapkan:
Boleh juga baca: Cara Daftar Tadika PASTI
Senarai di setiap negeri boleh rujuk di pautan di bawah:
Bagi mendapatkan maklumat lanjut,anda boleh terus berhubung kepada tabika/tadika yang anda pohon atau hubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berdekatan anda
Di bawah di lampirkan kadar yuran tahun sebelum ini mungkin kadar bayaran tidak berbeza jauh:
1.Yuran TABIKA KEMAS Sesi 2024/2025

2.Yuran TADIKA KEMAS Sesi 2024/2025

Borang permohonan boleh di muat turun di Portal Jabatan Kemajuan Masyarakat di pautan di bawah:
Bagi memudahkan anda,anda juga boleh KLIK LINK di bawah untuk muat turun borang pendaftaran yang kami ambik dari pautan asal:
Borang Pendaftaran TABIKA KEMAS
Borang Pendaftaran TASKA KEMAS
Setelah borang pendaftaran di isi dengan lengkap berserta dokumen yang berkaitan,anda boleh hantar borang tersebut kepada TABIKA/TASKA KEMAS yang berdekatan atau yang menjadi pilihan anda.
NOTA:
Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA/ TASKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui saluran berikut:
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Tel: +603-8891 2682
Faks: +603-8888 2312
Emel: info@kemas.gov.my