Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nak jadi cikgu ganti sementara mendapatkan pekerjaan sebenar?Nak mohon tetapi keliru dan tidak tahu cara dan saluran yang betul
Disini kami sediakan panduan lengkap untuk anda memohon permohonan jawatan kosong guru ganti untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti IPG atau PISMP.
Secara amnya, guru ganti ialah individu yang tiada latihan asas perguruan yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.
Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.
Contoh ketiadaan guru disebabkan oleh perkara-perkara berikut.
1. Guru Cuti Menunaikan Haji
2. Guru Cuti Sakit
3. Guru Cuti Bersalin
4. Guru Cuti Rehat Khas
5. Guru Cuti Tanpa Gaji
6. Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan
Untuk makluman, jawatan ini hanya kontrak tidak lebih 3 bulan.
Antara tugas seorang guru ganti ialah:
Gaji dibayar harian mengikut kelulusan contohnya RM100 sehari bagi lepasan ijazah, RM72 (lepasan STPM/Diploma) dan RM54 sehari bagi lepasan SPM.
Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah.
Segala urusan gaji turut di bawah bidang kuasa PPD, bukan KPM.
kadar Upah yang di kenakan bergantung kepada kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:
Antara syarat permohonan jawatan ini ialah:
Berikut adalah cara buat permohonan:
Untuk makluman,anda perlu pergi PPD dahulu bukan sekolah kerana Proses untuk pembayaran gaji akan lebih cepat berbanding ke sekolah itu
Untuk permohonan Online:
Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman permohonan MySTEP kerajaan: https://mystep.mof.gov.my/
Cara Mohon dan Maklumat permohonan DIBAWAH:
Sebarang pertanyaan lanjut,boleh berhubung terus ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berdekatan anda.
Semoga berjaya dalam Urusan Permohonan anda!