Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya(OKU) JKM

0 848

Bantuan Orang Kurang Upaya(OKU) JKM merupakan bantuan khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM). Bantuan ini melibatkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Bantuan ini adalah bantuan yang di berikan oleh kerajaan melalui JKM kepada mereka yang berkelayakan.Tujuan bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan adalah berbeza mengikut jenis bantuan yang diterima.Boleh rujuk jumlah bantuan di bawah:

  1. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU): RM450 Sebulan
  2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 Sebulan
  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT): RM500 Sebulan

Boleh juga baca: Cara Daftar Permohonan OKU Di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Syarat Permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)

Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan:

1.Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

  • Warganegara, bermastautin dan berkerja di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah
  • Atau mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

2.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Tidak berupaya bekerja
  • Pemohon bukan penghuni / pelatih Institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan secara percuma, Program Pemulihan Dalam Komuniti
  • Sumber kewangan (pencen, perkeso, bantuan dll) bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

3.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

  • Warganegara, bermastautin di Malaysia
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa / memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / pesakit terlanta / pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Bantuan lain yang mungkin anda boleh cuba mohon:
1.Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga JKM
2.Bantuan Anak Pelihara JKM:Permohonan Dan Semakan
3.Cara Mohon Bantuan Am Persekutuan/ Negeri JKM Maksimum RM 350 Sebulan
4.Panduan Mohon Bantuan Warga Emas JKM RM500 Sebulan

Cara memohon

Permohonan boleh dilakukan dengan dua cara sama ada melalui Online atau Manual Barang.

1.Permohonan Online

  1. Pergi ke pautan rasmi berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Tekan “Daftar Permohonan Atas Talian”.
  3. Pilih Negeri & isikan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  4. Klik Daftar.
  5. Isikan setiap maklumat peribadi yang diperlukan.
  6. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah anda dalam tempoh 14 hari dari permohonan online yang telah dibuat.
  7. Bawa sekali dokumen yang berkaitan.

Boleh Rujuk: Permohonan Ebantuan JKM Borang Permohonan Dan Semakan

2.Permohonan Manual

  1. Pergi ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat.
  2. Bawa sekali borang & dokumen yang berkaitan.

Antara dokumen-dokumen yang berkaitan:

  • Salinan MyKad kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU (Jika ada)
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Bil Utiliti – salah satu (air/ elektrik/ telefon/ astro)

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN DIBAWAH:

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:

No Telefon:
03-8000 8000

Alamat :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via