Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Permohonan ebantuan JKM Borang Permohonan Bantuan Kebajikan Masyarakat JKM

0 26,130

Pernahkah anda membuat Permohonan ebantuan JKM?Perhatian buat anda yang ingin membuat semakan status permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2025. Untuk makluman anda, kini anda boleh memohon Bantuan JKM secara atas talian (online) melalui Portal eBantuan JKM. Selain itu, semakan kelulusan JKM juga boleh di disemak di pautan eBantuan JKM.

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Jenis Skim Bantuan JKM

Untuk makluman anda,terdapat 11 Jenis Skim Bantuan JKM untuk anda mohon. Segala permohonan yang dibuat haruslah memenuhi kelayakan dan kriteria yang diperlukan.Berikut adalah 11 jenis skim bantuan tersebut:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

Daripada 11 jenis skim bantuan di atas, 9 daripadanya adalah berbentuk bantuan bulanan yang boleh dimohon.Berikut adalah bantuan bulanan serta jumlah bantuan yang diterima:

  1. Bantuan Kanak-kanak – Minimum  sebanyak RM200 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan
  2. Bantuan Anak Pelihara – RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  3. Bantuan Warga Emas – RM500 sebulan seorang.
  4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya – RM450 sebulan seorang
  5. Bantuan Am Persekutuan – RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  6. Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – RM300 seorang sebulan.
  8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar – RM500 sebulan seorang.
  9. Bantuan Latihan Perantis – RM200 sebulan seorang.

Manakala bantuan sekaligus adalah:

Berikut secara ringkasannya:

#Jenis BantuanKadar BantuanSyarat Utama
1Bantuan Kanak-kanak (BKK)– RM250 (0–6 tahun)
– RM200 (7–18 tahun)
– Maksimum RM1000/keluarga
– Warganegara
– Pendapatan bawah PGK
– Kanak-kanak bawah 18 tahun atau masih sekolah
2Elaun Pekerja OKU (EPOKU)RM450 sebulan– Warganegara
– Umur 16+
– Kad OKU JKM
– Gaji ≤ RM1,700
3Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)RM300 sebulan– Warganegara
– Kad OKU JKM
– Umur 16–59
– Tidak mampu bekerja
– Pendapatan bawah PGK
4Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)RM500 sebulan– Warganegara
– Penjaga OKU/Pesakit kronik terlantar
– Pendapatan isi rumah ≤ RM5,000
5Bantuan Warga Emas (BWE)RM600 sebulan– Warganegara
– Umur 60 tahun ke atas
– Pendapatan bawah PGK
– Bukan penghuni institusi JKM
6Bantuan Am Persekutuan (BA)RM150 seorang
Maksimum RM500/keluarga
– Warganegara & tinggal di Wilayah Persekutuan
– Pendapatan bawah PGK
– Tidak dapat bantuan JKM lain
7Bantuan Anak PeliharaRM250/seorang
Maksimum RM500/keluarga
– Warganegara
– Jaga anak bawah 18 tahun
– Bukan anak angkat sah (bukan ikut akta rasmi)
– Tinggal bersama keluarga pelihara
8Bantuan Latihan Perantis (BLP)RM200 sebulan
(maks 24 bulan)
– Warganegara
– Umur 16–35 tahun
– Bekas pelatih, anak penerima bantuan atau OKU yang layak

Panduan Permohonan ebantuan JKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

a. Permohonan Secara Online/ Atas Talian

1. Sila layari portal rasmi eBantuan JKM secara online di pautan berikut:

KLIK Sini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Pilih “Negeri” & masukkan No IC anda. Kemudian klik “Daftar”.

b. Permohonan Secara Manual

Kepada yang ingin membuat permohonan bagi bantuan JKM, anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Bahagian dan hantar borang permohonan serta membawa dokumen sokongan seperti dibawah :

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Borang permohonan yang berkaitan:

JKM 18  (Borang Permohonan Bantuan)
(Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 
(Klik disini untuk muat turun)

Semakan Status Permohonan eBantuan JKM

1.Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

2. Klik pada butang ”Semakan Status Permohonan Atas Talian”.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang “Semak”.

FAQ/Soalan Lazim

1. Siapa yang layak memohon bantuan JKM?

Pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Malaysia
  • Tergolong dalam kumpulan berkeperluan seperti keluarga miskin, OKU, warga emas, penjaga pesakit kronik, atau anak pelihara

2. Berapa jumlah bantuan yang diberikan oleh JKM?

Jumlah bantuan bergantung kepada jenis bantuan. Contohnya:

  • Bantuan Kanak-kanak: sehingga RM1000/keluarga
  • Bantuan Warga Emas: RM600 sebulan
  • Elaun Pekerja OKU: RM450 sebulan
  • Bantuan lain: antara RM150 hingga RM500 sebulan

3. Adakah saya boleh memohon lebih daripada satu jenis bantuan?

Secara amnya tidak, pemohon hanya layak menerima satu jenis bantuan bulanan JKM. Tetapi dalam kes tertentu yang berkeperluan, permohonan boleh dipertimbangkan oleh Pengarah JKM Negeri.

4. Bagaimana cara memohon bantuan JKM?

Permohonan boleh dibuat:

  • Secara online melalui sistem eBantuan JKM: https://ebantuan.jkm.gov.my
  • Secara fizikal di pejabat JKM daerah berhampiran dengan membawa dokumen sokongan

5. Apakah dokumen yang perlu disediakan semasa memohon?

Kebiasaannya:

  • Salinan kad pengenalan pemohon & tanggungan
  • Salinan kad OKU (jika berkaitan)
  • Penyata pendapatan atau pengesahan ketua kampung/penghulu
  • Surat sekolah (jika anak masih belajar)
  • Laporan perubatan (jika melibatkan pesakit/OKU)

6. Berapa lama proses permohonan mengambil masa?

Kebiasaannya dalam tempoh 1 hingga 2 bulan bergantung kepada kelulusan dan siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

7. Adakah bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon?

Ya. Jika permohonan diluluskan, bayaran bulanan akan dimasukkan ke akaun bank pemohon setiap bulan.

8. Adakah pemohon perlu memperbaharui permohonan setiap tahun?

Ya. Penerima perlu melalui proses semakan semula secara berkala untuk memastikan kelayakan masih sah dan bantuan terus disalurkan.

Tidak. Hanya warganegara Malaysia yang layak memohon bantuan JKM.

10. Siapa yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut?

Anda boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan atau layari laman web rasmi JKM di https://www.jkm.gov.my

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:

Related searches

cara mohon bantuan jkm

permohonan bantuan jkm online

permohonan bantuan jkm rm1000

permohonan bantuan jkm rm1000 online

semakan bantuan jkm online

cara mengisi borang permohonan bantuan kewangan jabatan kebajikan masyarakat

borang bantuan jkm

jkm gov my login

permohonan bantuan warga emas rm500 sebulan


Leave A Reply

Your email address will not be published.

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via