Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

SKSSR PERKESO:Skim Perlindungan Untuk Suri Rumah

0 956

PERKESO pun ada skim untuk lindungi suri rumah kalau ada yang belum tahu

SKSSR PERKESO atau Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah telah dilancarkan oleh PERKESO pada pada 1 Disember 2022 setelah Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Pelancaran skim ini bermatlamat untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah apabila berlaku bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.

Belanjawan 2024:Pembiayaan Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

1. Kerajaan akan menambah baik program perlindungan sosial bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya.

2. Untuk itu, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta yang akan memanfaatkan lebih 400 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah e-Kasih.

Sumber: Teks ucapan Perdana Menteri pada Pembentangan Bajet 2024

Apakah SKSSR PERKESO atau Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ?

Bermula 1 Disember 2022, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.

Skim ini menyediakan pelbagai faedah kepada suri rumah yang terlibat dalam bencana domestik atau menghidap keilatan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk menguruskan rumah tangga.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat yang diperlukan untuk memohon:

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Belum mencapai umur 55 tahun
  3. Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga.
  4. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan secara terlebih dahulu (advance payment).

Maklumat Tambahan:

Apakah yang dimaksudkan dengan suri rumah?

  • Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau separuh masa.
  • Termasuk seorang isteri, janda, balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, iaitu termasuk juga ibu tunggal.

Manfaat dan Proses Perlaksanaan

Berikut adalah manfaat yang terlibat:

  • memberi perlindungan kepada golongan wanita, sama ada suri rumah sepenuh masa atau separuh masa, daripada bencana domestik dan keilatan.

Rujuk contoh faedah keilatan: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-keilatan.html

Proses perlaksanaan melalui skim ini adalah:

Suami boleh mencarum untuk isteri secara sukarela dan tiada tindakan untuk mereka yang gagal melaksanakannya.

Bagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.

Sebagai contoh:

“Dalam hal ini, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga,” menurut Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Izad Raya dalam sebuah kenyataan melalui Harian Metro.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi situasi di mana suami tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh isteri atau suri rumah tersebut atau pihak ketiga kepada Perkeso.

Boleh juga baca: Cara Semak No Ahli PERKESO

Tarikh Perlaksanaan

Perlaksanaan skim ini bermula dan berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 dan diteruskan lagi bagi tahun 2024 berdasarkan bajet 2024

Cara Mohon SKSSR PERKESO

Permohonan boleh di buat dengan melayari website rasmi PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

  1. Laman web https://www.perkeso.gov.my/
  2. Facebook Pertubuhan Keselamatan Sosial
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via