Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan Harga Siling bagi Struktur Kadar Yuran Pembelajaran Dan Latihan Pemanduan di Institut Memandu (IM) untuk pengguna jalan raya mendapatkan lesen memandu yang sah.
Bagaimanapun, masih terdapat perbezaan harga membabitkan pengusaha sekolah / institut memandu di seluruh negeri. Harga siling bermaksud ianya memastikan pengguna dapat menikmati harga perkhidmatan atau barangan pada kadar yang munasabah.
Sebagai makluman, harga siling untuk mendapatkan lesen motosikal B2 adalah RM350, manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagi kereta transmisi automatik (DA) adalah RM1,250.
Setelah melihat harga di beberapa Institut Memandu, perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada ditetapkan adalah disebabkan beberapa caj tambahan terdapat dalam pakej perkhidmatan lain yang disediakan oleh institut atau sekolah memandu terbabit.
Sebagai contoh, seperti kos operasi, sewa kenderaan, minyak, pekerja sokongan dan sebagainya bagi memastikan pelajar mendapat pembelajaran yang terbaik selain diambil kira dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skim gaji minimum.
Harga lesen belajar memandu terkini 2024
Oleh kerana terdapat perbezaan kadar bayaran belajar memandu di Institut Memandu di kawasan seluruh negeri. kami hanya dapat memberi maklumat anggaran kadar harga sahaja melalui tinjauan harga lesen memandu (contohnya ambil Lesen P, Lesen L) yang dibuat bagi tahun 2022
Anggaran harga lesen belajar memandu yang dinyatakan masih munasabah meskipun berbeza daripada harga siling yang ditetapkan oleh pihak JPJ.
Kelas | Kategori |
B2 | Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc |
B | Lesen motosikal melebihi 500 cc |
D | Lesen kereta transmisi manual |
DA | Lesen kereta transmisi automatik |
- Motosikal B2 (untuk motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
- Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
- Harga Lesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
- Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik DA : RM1250 hingga Rm1500
Bagi mereka yang umur 21 tahun dan ke atas dan anda boleh dapatkan lesen E untuk memandu bas atau memandu lori
Boleh juga baca: Cara Mohon Lesen GDL
Harga siling bagi mendapatkan lesen memandu di seluruh negeri telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit. |
Kebiasannya caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincikan pihak institusi berkenaan. |
Nota: Pastikan kadar harga lesen memandu di Sekolah Memandu yang anda pilih tidak melebihi lingkungan harga yang kami kongsikan di atas.Jika melebihi harga di atas,boleh pilih sekolah memandu yang lain.
Had umur untuk memohon lesen.
Lesen | Umur |
Lesen motosikal tidak melebihi 250 cc | 16 tahun dan ke atas |
Lesen motosikal melebihi 500 cc | 16 tahun dan ke atas |
Lesen kereta transmisi manual | 17 tahun dan ke atas |
Lesen kereta transmisi automatik | 17 tahun dan ke atas |
Senarai Peraturan Sekolah memandu
- Setiap sekolah memandu wajib paparkan kadar bayaran harga baru lesen motor dan kereta untuk tahun 2024 samada belajar memandu di semua negeri di Malaysia.
- Setiap kenderaan akan dipasang kamera, bagi mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah.
- Selepas ini, tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi.Bermakna selepas ini cara mohon lesen baru ujian memandu tanpa test JPJ 2024 akan bermula.
- Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya sistem video di dalam bilik ujian
Cara mendaftar Lesen Memandu untuk pertama kali
Pendaftaran Lesen Memandu
Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran dengan anda.Pengawai yang berkenaan akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu
Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
Ujian Komputer Lesen Memandu
Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.
Lesen L
- Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
- KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
- KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
Ujian QTI Lesen Memandu
Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
Ujian Praktikal JPJ
Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLM B40)
Program yang baru sahaja di lancarkan dimana program bantuan lesen memandu percuma ini di dibawah kerajaan dan diuruskan oleh JPJ untuk golongan B40.Program itu mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu
Berdasarkan bantuan ini kriteria dan syarat kelayakan adalah :
- warganegara Malaysia
- tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
- sihat tubuh badan dan mental
- tiada kecacatan fizikal
- tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.
- Tersenarai data dalam e-kasih
Jika syarat tersebut dipenuhi anda layak memohon.Anda cuma perlu bayar RM20 dan selebihnya akan di tanggung oleh kerajaan sehingga anda dapat lesen.
Cara membuat permohonan belum lagi dimaklumkan.Kami akan kemaskini setelah maklumat penuh.
Maklumat Lanjut
Anda boleh rujuk institut memandu yang berdekatan dan anda boleh buat perbandingan harga bagi setiap lesen di institut memandu yang lain.
Boleh rujuk semua institusi memandu yang ada :
- Kedah
- Perlis
- Pulau Pinang
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Perak
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Johor
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.