Seperti yang kita sedia maklum,untuk memandu kenderaan perdagangan atau perkhidmatan awam seperti lori dan bas kita memerlukan Lesen GDL (Goods Driver License) iaitu lesen vokasional.Agensi yang terlibat untuk mengenai perlesenan kenderaan di Malaysia adalah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) telah menetapkan bahawa lesen vokasional adalah wajib untuk mereka yang memandu kenderaan syarikat.
Maklumat mengenai Lesen Vokasional
Jika anda mempunyai lesen memandu D,anda tidak di beri kebenaran oleh pihak berwajib untuk membawa semua jenis kenderaan.Lesen memandu D ini hanyalah untuk syarat utama untuk anda dapatkan Lesen Vokasional atau Lesen GDL dan hanya layak untuk pemohon yang megang lesen memandu manual.
Lesen ini adalah lesen kenderaan pengangkutan yang membawa barang-barang dimana ia terbahagi kepada 3 iaitu:
- Motokar ringan
- Motokar berat kejur
- Motokar bersendi
NOTA: Lesen Kelas D ialah Motokar Ringan BTM (Lori kecil, van berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg).
Syarat-syarat untuk memohon
Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu kelas D
- Berumur 21 tahun dan ke atas bagi lesen vokasional
- Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
- lulus Pemeriksaan Perubatan Borang JPJL8A
- Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
- Lulus dalam ujian teori
- Pemohon waganegara Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru sahaja
Boleh juga baca:
Contoh Soalan Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ
Panduan Perbaharui Secara Online Lesen Memandu/MyKad Dan Passport
Dokumen-dokumen penting
Dibawah adalah dokumen-dokumen penting untuk membuat permohonan:
- MyKad/pasport asal atau salinan MyKad/Paasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
- Pengenalan diri (MyKad) asal wakil
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah berkuatkuasa melebihi satu tahun
- Borang JPJL8A (hendak di isi oleh doktor)
- Borang JPJL12
- Sijil JPJL2C
- 1 Gambar Pasport (berlatar belakang putih)\
- Bayaran RM20.00
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)
Cara untuk memohon
1.Boleh download semua borang di pautan berikut:
2.Pastikan selepas download borang pemeriksaan kesihatan anda hendaklah membuat medical check out di klinik atau hospital yang terdekat.
3.Pastikan borang tersebut dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertugas dan simpan resit pembayaran sebagai bukti pendaftaran
4.Hadirkan diri ke sekolah memandu yang terdekat untuk membuat pendaftaran dan pembayaran.
5.Kemudian anda perlu hadiri ceramah teori selama 7 jam dimana 5 jam adalah dari pihak sekolah memandu dan 2 jam adalah teori JPJ.Seterusnya anda kena menduduki ujian bertulis dan perlu lulus 42 markah dari 50 soalan untuk lulus.
6.Bila anda sudah lulus,bawa dokumen terebut untuk proses membuat lesen GDL (goods driving license) di sekolah memandu pilihan anda.
Cara nak Perbaharui / Renew Lesen GDL
Bagi abang-abang lori yang sudah mempunyai Lesen dan nak renew boleh ikuti maklumat yang kami kongsikan di bawah
Pembaharuan lesen memandu vokasional boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ. Syarat-syarat untuk renew lesen GDL anda:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
- Tidak disenaraihitamkan;
- Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
- Lesen memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
Dokumen-dokumen penting untuk disertakan di dalam permohonan pembaharuan lesen GDL anda:
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
- Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
- Bayaran RM20.00/tahun;
- Memegang passport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan