Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Semak No Claim Discount (NCD).Adakah Kereta anda mempunyai pelan perlindungan insurans dan anda tidak pernah membuat tuntutan dalam masa setahun dari tarikh anda membeli insuran anda?Untuk semua pemilik kenderaan motorsikal atau motokar (termasuk kereta) ,sebenarnya terdapat diskaun sehingga 55% untuk pelan perlindungan insurans kenderaan yang dikenali sebagai No Claim Discount.Di bawah kami akan berkongsi maklumat mengenai NCD dan cara anda membuat semakan.
No Claim Discount adalah satu diskaun dimana pemilik kenderaan tidak pernah membuat sebarang tuntutan dalam tempoh masa 12 bulan dari tarikh pemilik membeli pelan insuran tersebut.Pihak insuran wajib menawarkan NCD kepada pemilik kenderaan tersebut jika tiada sebarang tuntutan dari pihak ketiga.
Sehubungan dengan itu,anda sebagai pemilik kenderaan hendaklah memahami dan ambik tahu mengenai NCD ketika anda memperbaharui pelan insurans kereta anda.
Boleh juga baca: Cara Perbaharui Cukai Jalan MyEG Tanpa Perlu Ke JPJ
Berikut adalah cara untuk membuat semakan:
1.Layari portal NCD di pautan berikut:
Boleh klik di NCD Enquiry
2.Klik di ruangan Find Out Your NCD
3.Masukkan no pendaftaran kenderaan dan no kad pengenalan pemilik.Kemudian boleh klik Get My NCD Report
4.Paparan Laporan mengenai status NCD anda
Kadar diskaun adalah berbeza mengikut jenis kenderaan mengikut Tariff yang di tetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) .Terdapat dua bahagian iaitu kenderaan persendirian cth private car/ syarikat dan kenderaan komersial seperti motorsikal, teksi, lori permit A & C serta ‘Special Vehicle’.
Sebagai contoh:Abu mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu,Abu telah membuat tuntutan jadi NCD pada tahun adalah di kira 0% iaitu tidak akan mendapat kadar seperti sebelum.Tahun berikutnya akan menjadi 25% dan seterusnya .
Dalam maksudnya yang lain,pada tahun ke dua (12 bulan) anda mengalami kemalangan dan anda membuat tuntutan maka apabila anda “renew’ pelan insurans anda diskaun akan kembali 0% seperti pada tahun pertama
Berikut adalah jadual kadar diskaun NCD:
| Tahun | Kenderaan Persendirian | Kenderaan Komersial |
| Pertama | 0% | 0% |
| kedua | 25% | 15% |
| Ketiga | 30% | 20% |
| keempat | 38.3% | 25% |
| kelima | 45% | 25% |
| keenam | 55% | 25% |
| ketujuh | 55% | 25% |
Sebelum membuat tuntutan,berikut adalah perkara yang menentukan kelayakan NCD anda: