Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara perbaharui cukai jalan MyEG tanpa perlu ke JPJ

0 1,676

Perbaharui cukai jalan MyEG.Tahukah anda,anda tidak perlu beratur panjang di JPJ untuk renew cukai jalan dan semuanya hanya boleh dibuat di rumah.Di musim pkp ini,banyak sektor kerajaan hanya menerima sistem temujanji.Untuk makluman,urusan cukai jalan ini hanya boleh dilakukan untuk kereta sahaja

Nak keluar untuk urusan penting pun lagi-lagi yang ada anak kecil di rumah.Jadi ada cara mudah untuk anda renew roadtax asalkan anda mempunyai capaian internet dan komputer.Jom kami kongsikan di bawah.

Boleh juga baca: Senarai Lokasi Kamera AES/ AwAS Terbaru Seluruh Malaysia

Cara perbaharui cukai jalan MyEG online

1. Daftar Akaun

Untuk menggunakan perkhidmatan e-services/ e-perkhidmatan di portal MyEG, anda perlu ada akaun dengan MyEG. Kalau belum ada akaun, anda boleh daftar akaun macam biasa.

Buka portal MyEG dan buat pendaftaran.

Renew insurans myeg

2. Login Akaun

Selesai daftar akaun, log masuk ke portal seperti biasa.

Perbaharui insuran MyeG

3.Cara Renew Insuran Kenderaan Secara Online

Untuk renew insurans melalui portal MyEG, ikuti langkah berikut:

  • Klik ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Klik pada butang butang Perbaharui Auto Insuran
Perbaharui insurance MyEG
  • Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG contohnya AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.
  • Untuk teruskan, klik sahaja pada ikon syarikat yang anda pilih
  • Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.
  • Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.

4. Buat Bayaran & Muat Turun Resit Insurans Kenderaan

Selesai isi semua maklumat untuk renew Insuran, harga penuh beserta semua caj yang terlibat akan dipaparkan. Bila dah setuju, terus proceed untuk buat bayaran.

Bayaran boleh dilakukan melalui kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Maybank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

Muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan selepas selesai buat bayaran.

5. Cara Renew Roadtax Online

Berikut adalah cara renew roadtax melalui MyEG:

  1. Login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Klik butang Road Tax Renewal / Baharui Cukai Jalan
enew roadtax myeg online
  1. Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.
  2. Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEG atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat. (Caj penghantaran dikenakan jika anda pilih penghantaran roadtax ke rumah)
  3. Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.
  4. Maklumat roadtax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.

    Anda juga boleh baca: Cara Semak Cukai Jalan Tamat Tempoh Secara Online

6. Buat Bayaran & Muat Turun Resit

Setelah anda berpuas hati dengan kos yang dipaparkan, teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay. Cara pembayaran adalah sama seperti renew insurans tadi iaitu melalui kad kredit atau perbankan internet.

Setelah buat bayaran, anda boleh muat turun resit sebagai bukti.

perbaharui roadtax MyEG

Selesai! kemudian anda hanya perlu tunggu cukai jalan sampai ke rumah anda dengan alamat yang anda isikan dalam MyEG.Senang,cepat dan Mudahkan

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

TUTUP
Share via