Cara Semak Cukai Jalan Tamat Tempoh secara online

0 1,820

Semak Cukai Jalan Tamat Tempoh.Tahukah anda,anda boleh semak cukai jalan anda atau keluarga anda secara online?Senang sahaja anda boleh semak melalui melalui Portal JPJ atau Aplikasi JPJ Info.

Cara Semak Cukai Jalan Tamat Tempoh secara online

Masukkan No pendaftaran Kenderaan dan semua berkenaan Road Tax kenderaan itu akan di paparkan.Pasti agak sukar untuk anda semak cukai jalan kenderaan keluarga anda yang berada di kampung susulan pelaksanaan PKP menyebabkan larangan merentas negeri.

Ketahui cara semak cukai jalan secara online melalui panduan bergambar di bawah.

Cara Semak Cukai Jalan Tamat tempoh

Ada dua cara anda boleh gunakan untuk buat semakan:

  1. Portal JPJ
  2. Aplikasi JPJ Info

Melalui Portal JPJ

  • Layari Portal JPJ di pautan www.jpj.gov.my
  • Klik Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
Semak tamat tempoh cukai melalui portal JPJ
  • Pilih Kategori ID anda
cara semak roadtax kenderaan
  • Masukkan No. IDNo. Pendaftaran Kenderaan dan Kod Sekuriti. Klik SEMAK
semak cukai jalan JPJ
  • Tarikh tamat tempoh cukai jalan akan dipaparkan

Melalui Aplikasi JPJ Info

  • Boleh download Aplikasi tersebut DISINI
Aplikas JPJ info
  • Klik pada LESEN KENDERAAN
Semak tarikh luput cukai jalan melalui aplikasi JPJ Info
  • Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN/MYKAD, klik WARGANEGARA MALAYSIA dan NOMBOR KENDERAAN anda
  • Seterusnya klik HANTAR
Cara guna aplikasi JPJ info
  • Maklumat akan di paparkan seperti gambar dibawah untuk rujukan anda.
emak Tarikh RoadTax Luput aps JPJ Info

Senang sajakan cara nak cek tarikh luput cukai jalan.Semuanya sekarang hanya di hujung jari.

Anda juga boleh baca:
Panduan Perbaharui Secara Online Lesen Memandu/MyKad Dan Passport
Daftar Dan Perbaharui SSM Melalui Melalui EzBiz Online
Cara Semak Semua Saman AES ,PDRM,JPJ Online Dan SMS

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat dan pertanyaan,boleh hubungi

Alamat:Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Aras 5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Phone No:+603 8000 8000

Laman Sosial :FB JPJ,Twitter JPJ

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More