Skim Perubatan Madani (SPM) merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk memberi manfaat kepada golongan B40 yang menerima STR 2023.Skim ini bermula pada 15 Jun lepas.
Ini merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Apakah Skim Perubatan Madani (SPM)?
Skim Rintis inisiatif dari Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah
Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Jenis Rawatan Percuma SPM
Berikut merupakan jenis rawatan percuma di dalam skim tersebut:
- Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
- Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah) | Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berkeluarga | RM250 |
Warga Emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas | RM125 |
Bujang – 21-59 tahun – 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) | RM75 |
Lokasi Program Rintis
Berikut adalah lokasi program ini di jalankan:
- Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor),
- Kuala Lumpur,
- Kinta (Perak),
- Timur Laut (Pulau Pinang),
- Johor Bahru (Johor),
- Kota Kinabalu (Sabah) dan
- Kuching (Sarawak)
Fasa ke 2:
- Kota Bahru,Pasir Mas
- Kuantan
- Seremban
- Melaka Tengah
- Perlis
- Seberang Prai Tengah
Kelayakan Permohonan
Berikut adalah kelayakan permohonan:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Warga emas (tanpa pasangan)
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bujang
Kelayakan adalah secara automatik
Mereka yang berkelayakan WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Cara Semak Kelayakan
Untuk semak kelayakan,boleh ikuti cara berikut:
Semakan kelayakan boleh di lakukan secara online melalui pautan DISINI
Projek Rintis SKIM ini melibatkan klinik di daerah yang terpilih bermula 15 Jun 2023.
Rujuk Senarai KLinik untuk semakan di kawasan anda.
Cara Mohon Skim Perubatan Madani
Berikut merupakan langkah untuk membuat permohonan:
- Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
- Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Senarai Klinik
- Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
- Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.
Tempoh Skim Sah Laku
Skim ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui pautan berikut:
- Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
- Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html