Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan program bantuan untuk rakyat mengikut kelayakan dan kategori yang telah di tetapkan.Biasanya bantuan yang di berikan berbentuk wang tunai dan diumumkan pada pembentangan bajet pada tahun tersebut.
Untuk makluman anda program bantuan ini diteruskan lagi dengan bayaran yang lebih tinggi untuk tahun 2025.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya dalam mengurangkan kos sara hidup.
Berikut adalah maklumat terperinci mengenai permohonan STR 2025 yang telah di kemaskini
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat mengikut kategori dan biasanya diumumkan dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.
Antara bantuan sebelum ini ialah termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Objektif utama STR adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi dan cabaran ekonomi. Untuk tahun 2025, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion bagi program ini, dengan harapan dapat memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penerima
Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a. Isi Rumah
b. Warga Emas Tiada Pasangan
c. Bujang
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Berita menggembirakan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)!
Pada tahun 2025, kerajaan akan melaksanakan peningkatan tertinggi bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, yang mewakili 60 peratus daripada populasi dewasa di negara ini.
Dengan penambahan peruntukan ini, jumlah maksimum yang boleh diterima oleh isi rumah akan meningkat kepada RM4600, berbanding RM3700 sebelum ini.
Bagi kategori bujang, kadar baharu juga akan meningkat kepada RM600.
Selain itu, bantuan SARA akan mula dikreditkan ke dalam MYKAD penerima mulai April 2025.
Berikut adalah kadar pembayaran untuk setiap kategori yang telah diumumkan melalui Soalan Lazim STR 2025:
| Kategori Penerima | Pendapatan (RM) | Kadar STR 2025 (RM) | Kadar Tambahan SARA (RM) | Jumlah Keseluruhan (RM) |
|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah | ||||
| ≤ 2,500 | 1,000 | 900 (100 sebulan) | 1,900 | |
| 1 – 2 Anak | 1,500 | 900 (100 sebulan) | 2,400 | |
| 3 – 4 Anak | 2,000 | 900 (100 sebulan) | 2,900 | |
| ≥ 5 Anak | 2,500 | 900 (100 sebulan) | 3,400 | |
| 2,501 – 5,000 | ||||
| ≤ 2,500 | 500 | 900 (100 sebulan) | 1,400 | |
| 1 – 2 Anak | 750 | 900 (100 sebulan) | 1,650 | |
| 3 – 4 Anak | 1,000 | 900 (100 sebulan) | 1,900 | |
| ≥ 5 Anak | 1,250 | 900 (100 sebulan) | 2,150 | |
| Warga Emas Tiada Pasangan | ≤ 5,000 | 600 | 450 (50 sebulan) | 1,050 |
| Bujang | ≤ 2,500 | 600 | 600 (50 sebulan) | 1,200 |

Penjelasan:
Sumber di ambil https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Boleh juga baca: SARA 2025:Semakan dan Bayaran
Permohonan baru untuk STR 2025 dibuka sehingga 30 November 2024 untuk Fasa 1. Pemohon yang ingin menerima bantuan bagi fasa ini perlu memastikan permohonan mereka dihantar sebelum tarikh tersebut.
Namun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun
Untuk Fasa Pembayaran STR terdapat 4 fasa yang telah di tetapkan iaitu:
| Bil. | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
| 1 | Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
| 2 | Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
| 3 | Fasa 3 | Ogos 2025 |
| 4 | Fasa 4 | November 2025 |
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi setiap fasa:
a. Kategori Isi Rumah
| Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 0 | 1,000 | RM 500 | RM 150-RM 650 0 anak =Rm150 1-2 anak =Rm300 3-4 anak =Rm500 5 anak keatas =Rm650 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| 1 – 2 | 1,500 | RM 500 | |||
| 3 – 4 | 2,000 | RM 500 | |||
| ≥5 | 2,500 | RM 500 | |||
b. Kategori Isi Rumah
| Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
| Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 0 | 500 | RM 150 | RM 100-RM 300 0 anak =Rm100 1-2 anak =Rm200 3-4 anak =Rm250 5 anak ke atas =Rm300 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| 1 – 2 | 750 | RM 150 | |||
| 3 – 4 | 1,000 | RM 250 | |||
| ≥5 | 1,250 | RM 300 | |||
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
| Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun) | ||||
| Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 600 | RM150 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun) | ||||
| Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
| 600 | RM150 | RM150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Permohon yang perlu buat permohonan baru ialah:
Permohonan boleh di buat melalui cara berikut:
Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan Melalui Borang Kertas:
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
i. Portal Rasmi STR ; atau
ii. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
LHDNM
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen sokongan boleh diserahkan pada:
Untuk membuat permohonan baru,boleh ikuti langkah berikut:
Senarai borang Manual:
Salinan dokumen yang berkenaan ialah:
a. Pemohon:
b. Pasangan:
ii. Anak Angkat
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat HASiL ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
i. Tiada maklumat akaun bank
ii. Status pengkreditan gagal kredit
Semakan status permohonan anda boleh di buat melalui cara berikut:
Boleh rujuk cara untuk membuat semakan status permohonan di bawah:
Berikut maksud status yang di paparkan:
Bantuan ini merupakan bantuan tambahan penerima STR dan eKasih.
Boleh semak kelayakan bantuan ini di pautan berikut : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login

Untuk membuat kemaskini boleh ikuti cara berikut:
Siapa yang Perlu Kemaskini?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
Nota :
Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025.
Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
Bagi mereka yang lupa kata laluan yang di daftarkan ,boleh mencuba untuk ikuti langkah berikut
Cara Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
Berikut cara tukar kata laluan:
Rujukan di ambil dari Manual Pengguna
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
NOTA:Hebahan Terkini akan kami kemaskini dari masa ke semasa.
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.