Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
STR Bujang 2025 adalah bantuan Tunai untuk individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas.Bagi mereka yang belum lagi membuat permohonan,permohonan baru untuk STR 2025 dibuka sehingga 30 November 2024 untuk Fasa 1.
Pemohon yang ingin menerima bantuan bagi fasa ini perlu memastikan permohonan mereka dihantar sebelum tarikh tersebut.
Namun, permohonan bagi fasa seterusnya akan dibuka sepanjang tahun
Anda dah buat permohonan baru dan sudah buat semakan?Jika belum boleh rujuk SINI untuk maklumat mengenai permohonan Baru.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam pembentangan bajet tahunan khususnya
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya keluarga dalam kategori B40 dan M40.
STR 2025 merupakan kesinambungan dari program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terkesan akibat inflasi dan cabaran ekonomi, serta memastikan kebajikan rakyat terus terjaga pasca-pandemik
Pemberian bantuan adalah mengikut kategori yang telah di tetapkan.
Pada tahun 2025, STR Bujang diperkenalkan sebagai salah satu bentuk bantuan kewangan bagi individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan tertentu.
Dalam pembentangan Bajet 2025, kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan bagi STR kepada RM13 bilion, berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya, dengan harapan dapat memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penerima, yang mewakili 60% daripada penduduk dewasa negara
Bermula tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Pemohon bujang layak menerima bantuan ini jika memenuhi kategori yang di tetapkan:
i) Bujang
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Maklumat Tambahan:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
Permohonan boleh di buat melalui cara berikut:
Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan Melalui Borang Kertas:
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
i. Portal Rasmi STR ; atau
ii. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
LHDNM
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen sokongan boleh diserahkan pada:
Untuk membuat permohonan baru,boleh ikuti langkah berikut:
Makluman:
Permohonan baru untuk STR 2025 dibuka sehingga 30 November 2024 untuk Fasa 1. Pemohon yang ingin menerima bantuan bagi fasa ini perlu memastikan permohonan mereka dihantar sebelum tarikh tersebut.
Namun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun
Untuk membuat semakan permohonan boleh rujuk cara berikut:
Maklumat Terkini dan status pembayaran boleh di rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 2024
Untuk semakan,ikuti langkah di bawah:
Untuk Penerima Bujang,jumlah pembayaran adalah RM600 manakala bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula Januari 2025.
Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa
permohonan yang telah diluluskan
Boleh rujuk jadual di bawah:

| Pendapatan Isi Rumah | Bilangan Anak | Kadar STR 2025 (RM) |
|---|---|---|
| ≤ RM2,500 | ≥ 5 | 2,500 |
| 3 – 4 | 2,000 | |
| 1 – 2 | 1,500 | |
| 0 | 1,000 | |
| RM2,501 – RM5,000 | ≥ 5 | 1,250 |
| 3 – 4 | 1,000 | |
| 1 – 2 | 750 | |
| 0 | 500 | |
| Warga Emas Tiada Pasangan | ≤ RM5,000 | 600 |
| Bujang | ≤ RM2,500 | 600 |
Berikut adalah jadual yang menunjukkan maklumat mengenai Kadar Tambahan STR untuk tahun 2025 berdasarkan kategori penerima:
| Kategori Penerima | Penerima STR 2025 STATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih | Penerima STR 2025 (April) |
|---|---|---|
| Isi Rumah (Tiada had umur) | RM1200 (RM100 sebulan mulai Januari 2025) | RM900 (RM100 sebulan mulai April 2025) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1200 (RM100 sebulan mulai Januari 2025) | RM450 (RM50 sebulan mulai April 2025) |
| Bujang (21-59 tahun) | RM600 (RM50 sebulan mula) | N/A |
Jadual ini memberikan gambaran jelas tentang jumlah bantuan yang akan diterima oleh setiap kategori penerima, serta perincian pembayaran bulanan yang bermula pada bulan Januari dan April 2025.
Berikut adalah tarikh bagi setiap pembayaran mengikut fasa:
Semua : RM600
Akan dikemaskini untuk setiap fasa bayaran
Boleh juga baca: Kedai MyKasih: Senarai Kedai Terlibat
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
NOTA:Hebahan Terkini akan kami kemaskini dari masa ke semasa.
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang