Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberikan sokongan kewangan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
Dengan bantuan sebanyak RM450, program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu-ibu semasa tempoh berpantang.
Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sejak tahun 2020. Ia bertujuan untuk membantu ibu-ibu mengurus keperluan selepas melahirkan anak, termasuk pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa berpantang.
Bantuan ini terbuka kepada semua ibu tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosioekonomi, dengan syarat pemohon berstatus “K”
YAB Premier Sarawak telah mengumumkan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif BIB pada tahun 2025.
Kelayakan Pemohon
Untuk layak memohon Bantuan Ibu Bersalin, pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia: Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
- Status Kewarganegaraan: Pemohon haruslah pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K” atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak berstatus “K”.
- Tempoh Permohonan: Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
- Pendapatan Isi Rumah: Ibu-ibu dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah) juga layak untuk memohon
Dokumen Penting
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan:
- Salinan kad pengenalan atau pasport ibu.
- Salinan kad pengenalan atau pasport pasangan atau penjaga.
- Salinan sijil perkahwinan (jika pemohon bukan berstatus “K”).
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
- Salinan penyata akaun bank terkini.
- Salinan surat pengesahan doktor, nota discaj, atau sijil lahir bayi.
Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri Kumpulan A (Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum/Ketua Masyarakat
Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) di Sarawak boleh dimohon melalui dua kaedah: secara dalam talian dan secara manual. Berikut adalah langkah-langkah untuk permohonan:
Permohonan Secara Dalam Talian
Akses Portal iSarawakCare:
- Layari laman web iSarawakCare.
Daftar atau Log Masuk:
- Jika anda baru, klik pada “Register” untuk mendapatkan SarawakID dan kata laluan.
- Jika sudah mempunyai akaun, masukkan SarawakID dan kata laluan untuk log masuk.
Pilih Bantuan Ibu Bersalin:
- Setelah log masuk, cari dan pilih “Inisiatif Bantuan Ibu Bersalin”.
Isi Borang Permohonan:
- Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat.
Lampirkan Dokumen Sokongan:
- Sertakan semua dokumen yang diperlukan, seperti salinan kad pengenalan, sijil perkahwinan (jika perlu), dan dokumen lain yang relevan.
Hantar Permohonan:
- Semak semula maklumat yang diisi dan klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan anda.
Tunggu Maklum Balas:
- Pihak KPWK akan memproses permohonan dalam masa 7 hingga 14 hari bekerja. Anda akan menerima notifikasi melalui emel mengenai status permohonan dan pembayaran.
Boleh juga baca: Permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Permohonan Secara Manual
Dapatkan Borang Permohonan:
- Borang permohonan boleh didapati di lokasi berikut:
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah.
- Pejabat Daerah Negeri Sarawak.
- Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja).
- Isi Borang Permohonan:
Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat.
- Lampirkan Dokumen Sokongan:
Sertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan, termasuk salinan kad pengenalan, sijil perkahwinan (jika perlu), dan dokumen lain yang relevan. - Hantar Borang Permohonan:
Hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan ke mana-mana lokasi pejabat yang dinyatakan di atas.
- Tunggu Proses Permohonan:
Pemprosesan permohonan akan mengambil masa anggaran 60 hari bekerja, bergantung kepada kelengkapan dokumen yang dihantar.
Maklumat Penting
- Tempoh Permohonan: Permohonan mesti dilakukan bermula pada usia kandungan 22 minggu hingga 3 bulan selepas bersalin.
- Sah Tempoh: Permohonan hanya sah selama enam bulan dari tarikh permohonan dilakukan. Sekiranya dokumen tidak lengkap dalam tempoh tersebut, permohonan akan ditolak secara automatik.
- Semakan Status: Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui WhatsApp di +6014-6881398 (mesej sahaja) atau melalui portal iSarawakCare untuk permohonan dalam talian.
Boleh rujuk manul permohonan disini: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/BIB-EN.pdf
Soalan Lazim/FAQ
Berikut adalah soalan lazim:
Soalan | Jawapan |
---|---|
Bagaimanakah saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)? | Permohonan BIB boleh dibuat secara online melalui aplikasi web iSarawakCare atau secara manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara, atau KPWK (Kuching sahaja). |
Berapa kali saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)? | Anda boleh memohon BIB setiap kali melahirkan anak dengan syarat wajib memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin. |
Berapa hari yang diperlukan oleh Urus Setia untuk memproses permohonan saya? | Sekurang-kurangnya 60 hari bekerja, tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK. |
Saya sudah bersalin, adakah saya masih layak memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)? | Ya, anda masih layak memohon BIB dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin. |
Adakah saya masih layak sekiranya saya mengalami keguguran selepas memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)? | Pemohon layak mendapat BIB jika usia kandungan mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan. |
Sekiranya saya mengalami keguguran pada usia kandungan 1 bulan, adakah saya layak untuk mendapat BIB? | Tidak layak kerana usia kandungan tidak mencapai 22 minggu dan ke atas. |
Sekiranya saya tidak mempunyai akaun simpanan persendirian, adakah saya boleh menggunakan akaun suami atau penjaga untuk menerima BIB? | Pemohon harus memohon kepada Setiausaha Tetap, KPWK untuk mendapat kebenaran bagi menggunakan akaun suami atau penjaga bagi penyaluran BIB. |
Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini? | Sila hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke bib@sarawak.gov.my. |
Kesimpulan
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah inisiatif penting yang membantu meringankan beban kewangan bagi ibu-ibu di Sarawak selepas melahirkan anak.
Dengan syarat kelayakan yang jelas dan proses permohonan yang mudah, diharapkan lebih ramai ibu dapat memanfaatkan bantuan ini untuk memenuhi keperluan asas mereka semasa tempoh berpantang.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, pemohon boleh merujuk kepada portal rasmi kerajaan negeri Sarawak atau menghubungi pejabat kebajikan masyarakat terdekat