Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Permohonan eKasih merupakan permohonan bantuan untuk mereka yang miskin tegar. Sebagai makluman, e-Kasih adalah sebuah pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di bawah pengendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:
Berdasarkan info dari portal rasmi e-Kasih, golongan yang berpendapatan rendah seperti yang ditetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012 di mana jika KIR berpendapatan kurang daripada RM 1500 sebulan untuk kawasan bandar dan bawah RM 1000 untuk luar bandar anda adalah layak untuk mendaftar.
Selain itu,data eKasih ini juga digunakan untuk pemberian bantuan seperti i-suri KWSP dimana bantuan caruman sebanyak RM480 setahun di berikan.
Melalui skim ini,penerima layak bantuan seperti:
Program bantuan untuk penerima yang tersenarai dalam data eKasih dimana mereka akan mendapat bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan .
Semakan status untuk program ini rujuk DISINI
Bantuan secara tunai ang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19
Terkini Bantuan ini telah di jenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Maklumat Lanjut: Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR):Tarikh pembayaran,Jumlah Bantuan Dan Semakan Kelayakan
Program ini untuk suri rumah yang berdaftar dengan eKasih dimana melalui caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan
Maklumat Lanjut berkenaan Insentif i-Suri KWSP boleh rujuk DISINI
Terdapat 11 jenis kategori Bantuan yang boleh di pohon di dalam Skim bantuan ini iaitu:
Maklumat Lanjut: Permohonan Bantuan JKM
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar adalah digalakkan atau layak untuk mendaftar.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
Permohonan boleh di buat dengan merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
*Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
Pemohon perlu lengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).
Berikut adalah maklumat yang di perlukan untuk memohon:
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Semakan status permohonan boleh di buat melalui pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
Makluman:
Anda juga boleh hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
S1: Apakah itu eKasih?
eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.
S2: Adakah eKasih satu program bantuan kerajaan?
Tidak. eKasih bukan program bantuan, tetapi sebuah pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi untuk menyalurkan bantuan kepada yang layak.
S3: Bilakah eKasih diwujudkan?
eKasih dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM berikutan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007, dan mula digunakan sepenuhnya pada Jun 2008.
S4: Siapakah yang layak mendaftar eKasih?
Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa layak mendaftar.
S5: Bagaimana cara mendaftar eKasih?
Terdapat dua cara:
S6: Bolehkah saya daftarkan saudara atau rakan yang miskin?
Boleh, selagi mereka berpendapatan di bawah PGK semasa
S7: Bagaimana cara login portal eKasih?
Layari portal rasmi eKasih di: 🔗 https://ekasih2.icu.gov.my dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
S8: Bagaimana nak tahu sama ada saya telah didaftarkan dalam eKasih?
Hubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dan berikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
S9: Apakah status yang boleh dilihat semasa semakan?
Terdapat 4 status daftar eKasih yang boleh disemak melalui portal.
S10: Apakah maklumat yang direkodkan dalam sistem eKasih?
Terdapat 9 komponen yang direkodkan:
S11: Selepas didaftarkan, bilakah bantuan akan diberikan?
Kelulusan dan tempoh bantuan bergantung kepada keputusan kementerian/agensi masing-masing berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan. Pendaftaran dalam eKasih tidak menjamin penerimaan bantuan secara automatik.
S12: Apakah contoh bantuan yang menggunakan data eKasih?
Antara program yang menggunakan data eKasih sebagai rujukan:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi : e-Kasih
Manual Pengguna Pengguna
Talian Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN):
Senarai nombor telefon PPN bagi setiap negeri yang boleh dihubungi bagi tujuan pendaftaran.