Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
i-Suri KWSP merupakan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP dimana program ini di khususkan untuk suri rumah membuat caruman di KWSP.Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Melalui insentif i-Suri KWSP,suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Insentif ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada suri rumah untuk masa depan mereka kerana bantuan ini diberikan dalam bentuk KWSP
Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Skim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

Berikut adalah kelebihan insentif ini:
Mereka yang layak mencarum ialah
Syarat kelayakan permohonan ialah:
Makluman:
Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Anda boleh juga baca: Daftar I-Saraan KWSP-Caruman Sukarela Insentif Persaraan Untuk Bekerja Sendiri
| Cara Mendaftar i-Suri | Keterangan |
|---|---|
| Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun | Pendaftaran i-Suri dilakukan di bawah menu Pendaftaran i-Saraan. |
| Laman Web KWSP | Pendaftaran secara dalam talian melalui portal Pendaftaran i-Saraan. |
| Self Service Terminal (SST) | Pendaftaran di mana-mana SST dengan menyediakan MyKad. |
| Pejabat KWSP | Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)) dan sediakan MyKad. |
Nota Penting
MUAT TURUN BORANG-BORANG:
Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan/ i‑Suri Form – KWSP 16G (M)
Bayaran Caruman i‑Saraan/ i‑Suri Form – KWSP 6A (2)
Bagi suri rumah untuk mendapatkan sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.
Kaedah pembayaran boleh di lakukan melalui cara berikut:
Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan.
| Perbankan Internet | Kaunter Ejen Bank | Ejen Bank Berdaftar | Kaunter KWSP |
|---|---|---|---|
| Pemindahan wang secara elektronik – MBSB Bank – MAYBANK (M2u) – RHB Bank – Public Bank – Bank Muamalat – Alliance Bank – Hong Leong Bank – Bank Islam – Cimb Bank | Tunai/cek – BSN – Maybank – Public Bank – RHB Bank *Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima. | Ejen Bank (EB) BSN | Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar |
Sumbangan ini akan dikreditkan ke Akaun KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.
Berikut adalah sumbangan kerajaan yang akan dikreditkan:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi saluran berikut: