Daftar i-Muamalat merupakan pendaftaran online Perbankan Bank Muamalat untuk para pelanggan Bank Muamalat untuk menguruskan akaun,transaksi dan rekod keluar masuk di dalam akaun mereka secara online.
Bank Muamalat merupakan Bank kedua yang menawarkan perbankan islam di bawah “Akta Perbankan Islam 1983” selepas Bank Islam.Bank ini memulakan operasi pada 1 Oktober 1999 dengan gabungan aset dan liabiliti yang dibawa daripada perbankan Islam Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan.
Daftar i-Muamalat:Perbankan Bank Muamalat online
Dengan pendaftaran i-Muamalat,pelanggan Bank Muamalat dapat menikmati pelbagai kemudahan melalui pengurusan akaun dan transaksi kewangan kewangan yang di sediakan.
Antara kemudahan yang di sediakan ialah:
- Pemindahan wang
- Pembayaran bil
- Semakan baki akaun
- Semakan transaksi kewangan
- … dan banyak lagi
Boleh juga baca: Cara Daftar Bank Islam Online Banking
Aplikasi Mobile i-Muamalat
Bagi memudahkan pelanggan mereka menikmati kemudahan yang disediakan,Bank Muamalat juga ada menyediakan Aplikasi telefon i-Muamalat yang boleh di gunakan terus dari telefon.
Aplikasi ini boleh di muat turun dari pautan berikut:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Melalui aplikasi ini,pengguna Bank Muamalat boleh melalukan pelbagai transaksi seperti:
- Log Masuk & Pengesahan Keselamatan dengan Cap Jari (pilihan)
- Pengurusan Akaun – CASA, FCA, Pembiayaan dan FTA-i
- Sejarah Transaksi – CASA, FCA
- Pindahan Dana (Intrabank)
- Pindahan Dana (Antara Bank)
- Bayaran Bil & Lain-lain
- Bayaran Pembiayaan
- JomPAY
- Tambah Nilai Prabayar
- Pengurusan Semakan – Siasatan
- Pemberitahuan SMS TAC
- Transaksi Berjaya – Siasatan
- Bank Muamalat Malaysia Berhad Branch Locator
- Waktu Solat dan Arah Kiblat
- DuitNow
- QR DuitNow
- Pajak Gadai Flexi
Carian yang berkaitan: Cara daftar RHB Online Banking
Cara Daftar Online Banking Bank Muamalat
Pastikan anda mempunyai akaun Bank Muamalat dahulu dan boleh terus daftar melalui cara berikut:
- Layari laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
- Klik pada butang “First Time Registration”
- Tandakan pada kotak Accept pada Terms and Conditions
- Klik Next
- Masukkan nombor kad debit/ATM anda – 16 digit
- Masukkan Pin ATM
- Pilih identiti MyKAD
- Masukkan nombor MyKAD
- Masukkan nombor telefon untuk TAC
- Klik Next
- Masukkan Username dan Password
- Pilih Security Image
- Klik butang Submit
Nota:Pastikan anda catatkan username dan Password anda takut terlupa untuk login selepas ini.
Login i-Muamalat
Setelah membuat pendaftaran,anda boleh terus log masuk untuk menikmati kemudahan yang di sediakan oleh Bank Muamalat Online melalui Portal atau Aplikasi i-Muamalat,
Berikut adalah cara Login:
- Layari portal i-Muamalat di pautan https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
- Masukkan Username
- Tekan butang Next
- Sahkan Security Image anda
- Tick pada kotak pengesahana
- Masukkan Password atau kata Kata Kunci
- Klik butang Login
Selesai sudah pendaftaran Internet Banking Bank Muamalat.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Ibu Pejabat, Menara Bumiputra,
21 Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur
Phone No: +603-2600 5500