Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Direct Debit PTPTN merupakan kemudahan bayaran balik pinjaman PTPTN dan deposit SSPN-i yang mana peminjam/ pendeposit memberi kebenaran kepada PTPTN membuat sejumlah potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa mereka atau secara ringkasnya auto tolak dari account bank yang didaftarkan
Setiap peminjam PTPTN perlu mula membayar balik pinjaman mereka selepas 12 bulan tamat pengajian.Peminjam tidak perlu menunggu notis (emel / surat) dari PTPTN untuk memulakan proses bayaran balik memandangkan penyata baki pinjaman boleh disemak secara online sahaja.\
Kos upah atau lebih dikenali sebagai Ujrah akan dikenakan bermula bulan ke-13.
Tempoh bayaran balik PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman masing-masing.
Tempoh bayaran balik PTPTN bergantung kepada jumlah pinjaman masing-masing.
| Jumlah Prinsipal Ujrah | Tempoh Bayaran Balik |
| RM10,000 dan ke bawah | 5 tahun |
| Melebihi RM10,000 hingga RM22,000 | 10 tahun |
| Melebihi RM22,000 hingga RM50,000 | 15 tahun |
| Melebihi RM50,000 | 20 tahun |
Boleh juga baca: Cara Semak Baki PTPTN Online Dan Tunggakan Terkini
Berikut adalah kelebihan yang di beri kepada peminjam :
Berikut adalah senarai Bank yang terlibat untuk pembayaran Direct Debit PTPTN:
Berikut adalah syarat-syarat untuk buat permohonan pemotongan automatik PTPTN:
Berikut adalah cara daftar untuk permohonan Auto Debit:
1.Layari Portal PTPTN di www.ptptn.gov.my dan klik di bahagian BAYARAN BALIK
2.Pergi ke Permohonan Direct Debit
3.Pergi ke Permohonan Direct Debit Pinjaman
4.Masukkan Kata Laluan dan No Kad pengenalan dan Log Masuk.Seterusnya Klik Permohonan Baru
5.Klik untuk di bahagian MOHON untuk pendaftaran baru.Selesai!
NOTA: Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
Biasanya transaksi pemotongan akan berlaku pada setiap 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank pemohon.
Biasanya transaksi pemotongan GAGAL adalah disebabkan berikut:
Pembatalan transaksi melalui Direct Debit akan dilakukan secara automatik sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan atas sebab-sebab adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.