Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000:Cara,Syarat,Tarikh,Jumlah pengeluaran dan Semakan Permohonan
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 telah di persetujui oleh pihak kerajaan dan telah di umumkan pada sidang media yang dijalankan pada 16 mac 2022 oleh Perdana Menteri.
Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik.
Maklumat Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Berikut adalah maklumat mengenai permohonan ini:
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022
- Semakan status kelulusan bermula 9 April 2022
- Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Syarat Kelayakan permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
- Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
Tarikh permohonan
Permohonan akan di buka bermula 1 April – 30 April 2022
Tarikh dan kaedah Pembayaran
Pembayaran akan di lakukan secara satu kali bayaran sahaja (single payment) atau One-Off.Manakala Pembayaran akan di buat bermula 20 April 2022
Terkini,Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi Pengeluaran Khas ini akan dipercepatkan kepada 18 April 2022 bagi membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar memerlukan.
Jumlah Amaun Pengeluaran
Berikut adalah jumlah amaun Pengeluaran:
- Pengeluaran minimum : RM50
- Pengeluaran maksimum : RM10,000
- Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
- Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
*Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.
Cara membuat Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Permohonan boleh di buat dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ yang telah dibuka menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.
Berikut adalah cara membuat permohonan:
- Layari laman portal Pengeluaran Khas KWSP di pautan berikut http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan Klik Mohon Sekarang.
- Isi Nombor MyKad/MyPR & Nombor Telefon Bimbit.
- Tekan Teruskan dan sahkan identity anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.
a. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
b. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN dengan menaip amaun pilihan - Tekan Teruskan.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, Tekan TERUSKAN.
- Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan syarat perakuan dan tandakan / sebelum tekan HANTAR. Selesai!
Tarikh Semakan kelulusan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Semakan kelulusan boleh di buat bermula 9 April 2022.
Jila Lulus bayaran One-Off akan di bayar mulai 20 April 2022 tetapi telah di awalkan pada 18 April 2022
Cara Semak kelulusan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Permohonan boleh di semak melalui 2 cara iaitu:
i. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my:
Menu Semak Status Permohonan
ii. i-Akaun (Ahli):
Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran
Maklumat Penting Permohonan
Berikut adalah maklumat penting semasa permohonan:
1.Ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.
2.Sila Pastikan:
Pastikan:
- Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
- Baki simpanan KWSP disemak
- Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
- Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat
3.Ahli juga diingatkan agar permohonan pengeluaran ini dimohon melalui Portal Pengeluaran_Khas KWSP yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Soalan Lazim
Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengeluaran_Khas KWSP dalam senarai di bawah:
Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan?
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Siapakah yang layak memohon?
Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini memohon Pengeluaran Khas?
Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.
Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas?
Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.
Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.
Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?
Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
NOTA:
Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.
Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.
Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran Khas?
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.
Bilakah bayaran Pengeluaran Khas mula dibuat?
Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022.
Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?
Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).
Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
– Akaun bank (simpanan atau semasa)
– Akaun bank masih aktif
– Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
– Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
– Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
– Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
– Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
– Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Khas?
Ahli tidak boleh membatalkan permohonan selepas permohonan dihantar.
Bolehkah amaun Pengeluaran Khas dipinda?
Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dihantar.
Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?
Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.
Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:
Amaun Pengeluaran Khas RM10,000
20% daripada amaun pengeluaran 20% x RM10,000 = RM2,000
Amaun penggantian semula RM10,000 + RM2,000 = RM12,000
Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.
Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).
Apakah rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran?
Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.
Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.
Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.
Apakah implikasi Pengeluaran Khas ini terhadap kelayakan untuk pengeluaran pra-persaraan yang lain?
Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.
Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran Khas?
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Khas.
Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.
Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
– i-Akaun (Ahli)
– Aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun
– Kios KWSP
Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan Pengeluaran Khas?
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
– Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau
– Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
Adakah ahli beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran Khas?
Secara umumnya, ahli beragama Islam bertanggungjawab mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% ke atas simpanan yang telah memenuhi syarat berikut:
– Sempurna milik (milkut taam) iaitu simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan (haq tasarruf kaamil); dan
– Mencapai nisab berdasarkan nilai semasa 85g emas yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.
– Namun, zakat boleh dikecualikan ke atas apa-apa jumlah simpanan yang dikeluarkan dan digunakan bagi tujuan kelangsungan hidup atau perbelanjaan keperluan asas diri sendiri atau tanggungannya (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang.
– Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.
Sumber: Laman web https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Sumber :FB KWSP
Untuk Pendaftaran i-Akaun KWSP,boleh rujuk Panduan DISINI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-89226000