SWEET Pernas.Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyediakan satu Program Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET) untuk usahawan wanita yang berminat untuk memulakan perniagaan franchais.
Program ini merupakan bantuan untuk usahawan wanita yang umiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra-francais. Peserta yang terpilih akan mengikuti latihan yang berstruktur, padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama 6 bulan apabila bermulanya perniagaan.
Maklumat Program SWEET Pernas
Program Khas ini di laksanakan untuk memberi bantuan kepada golongan wanita bumiputera yang berminat ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawan dan perniagaan francais dan pra-francais.Kelebihan program ini adalah peserta akan di beri :
- latihan yang berstruktur
- padanan perniagaan
- bantuan pembiayaan
- diberi pemantauan selama 6 bulan apabila bermulanya perniagaan
- Nama program: Program Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET)
- penganjur: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)
- Margin pembiayaan: Sehingga 90% dari jumlah
- Saiz pembiayaan: Sehingga RM500,000
- Umur: Wanita 21 hingga 60 tahun
- Kadar pembiayaan: 3.75%
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat permohonan:
Syarat Peserta
- Peserta mestilah wanita berumur 21 tahun – 60 tahun
- Pemegang saham utama syarikat mestilah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat
Syarat Syarikat
Syarat kelayakan pembiayaan pemegang francais adalah seperti berikut:
- Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
- Francaisor/Pemegang Francais Induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF).
- 100% ekuiti syarikat dimiliki oleh Bumiputera
- Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn. Bhd adalah sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja.
- Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor Induk/Pemegang Francais Induk.
- Perniagaan mestilah patuh Syariah.
- Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.
Bagi syarat kelayakan untuk pembiayaan Pra-Francise adalah seperti berikut:
- Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
- Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd untuk pembiayaan sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM 250,000 sahaja.
- Syarikat adalah 100% dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
- Mempunyai surat tawaran daripada Pra-Francaisor.
- Perniagaan mestilah patuh Syariah.
- Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.
Boleh juga baca: Cara mohon Bantuan Geran Pelancaran JKM
Cara membuat permohonan
Permohonan boleh di buat dengan membuat pendaftaran dan isi borang secara online melalui langkah berikut:
- Klik ke pautan web PERNAS iaitu https://pernas.my/byob/sweet-program/.
- Klik butang ‘Click Here to Regsiter.’
- Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat selengkapnya dalam setiap paparan dan klik butang ‘Next.’
- Setelah isi maklumat lengkap,klik butang ‘Submit.’ untuk membuat penghantaran Borang.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan info lanjut,boleh hubungi pegawai bertugas melalui email di alamat byob@pernas.my.