Cara mohon dan daftar Rumah Residensi Wilayah 2022
Program Rumah Residensi Wilayah adalah satu program bantuan perumahan yang disediakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.Rumah di bawah program Residensi Wilayah merupakan rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit.
Projek perumahan ini menyasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan.Kawasan perumahan Residensiku tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.Sebelum ini program ini dikenali sebagai RUMAWIP, kini ia diberi nafas baru dengan tagline “Residensi Wilayah Residensiku”.
Dijangka 80,000 unit Residensi Wilayah akan dibina bermula 2019 sehingga tahun 2028.Rumah-rumah dibawah program ini menawarkan tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.
Ciri-ciri Rumah Residensi Wilayah
Berikut adalah ciri-ciri rumah yang di tawarkan di dalam permohonan ini:
- mempunyai tiga (3) bilik tidur
- dua (2) bilik air
- dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard
- dalam bentuk rumah berstrata (rumah bertingkat, contohnya apartment / kondominium dll)
Antara Senarai Projek Residensi Wilayah termasuklah:
- Rumawip Setapak J
- Rumawip Bukit Jalil
- Rumawip Taman Miharja
- Residensi Max
- Residensi Laman Segar Hijau
- Residensi Alamanda
- Residensi MH Platinum 2 / Merdu
Untuk senarai penuh projek, boleh klik di pautanberikut: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek
Kelayakan dan kriteria Permohonan
Berikut adalah syarat kelayakan memohon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas ketika permohonan dibuat
- Menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan (bujang)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000 (berkahwin)
Pesara juga layak memohon sekiranya cukup syarat di atas.Namun hanya satu projek boleh dimohon.
Cara Mohon Rumah Residensi Wilayah 2022
Berikut adalah cara untuk mohon program rumah wilayah tersebut:
- Permohonan boleh dibuat secara online dengan mendaftar di portal rasmi https://residensiwilayah.kwp.gov.my
- Lengkapkan profil peribadi sebelum membuat permohonan projek yang di ingini.
- Kemudian,pilih projek yang di minati
- Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
- Muatnaik dokumen
- Sahkan profil dan dokumen sokongan
Untuk Masa Terhad,Hanya Join Telegram Info Bantuan Kerajaan & Anda Layak Terima RM200 Kredit eTunai. Tebus Sekarang!
Dokumen Sokongan
Berikut antara dokumen sokongan yangf diperlukan
Semakan Status Permohonan
Permohon boleh buat semakan di Portal rasmi melalui pautan berikut: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/
Log masuk ke permohonan anda dan boleh buat semakan.Untuk makluman,tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.
Boleh juga baca: Cara Mohon Residensi Prihatin Rumah Mampu Milik B40 Wilayah Persekutuan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
1. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)
2. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel : 03-26179154
SOALAN LAZIM
Bagaimana jika telah memiliki rumah?
Pemohon yang memiliki rumah di negeri lain masih boleh memohon Residensi Wilayah.
Boleh jual semula rumah ini?
Residensi Wilayah mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama perjanjian jual beli ditandatangani.
Bagaimana untuk mengetahui status permohonan?
Semakan status permohonan boleh dibuat di portal Residensi Wilayah.
Berapakah bayaran pertama yang perlu dikemukakan ketika permohonan?
Pemohon yang berjaya ditawarkan rumah Residensiku perlu menyediakan bayaran 10% sebagai deposit kepada pemaju.
Berapakah tempoh sah laku permohonan?
12 bulan dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik.
Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah.Untuk Masa Terhad,Hanya Join Telegram Info Bantuan Kerajaan & Anda Layak Terima RM200 Kredit eTunai
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia | PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN |