Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pernah dengar Perumahan Generasi Baharu FELDA?
Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap rakyat Malaysia, termasuk generasi baharu yang lahir dan membesar di kawasan rancangan FELDA.
Namun, kos perumahan yang semakin meningkat menjadi cabaran besar bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Justeru, program Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) hadir sebagai penyelesaian praktikal untuk membantu golongan ini memiliki rumah dengan lebih mudah dan mampu milik.
Merupakan projek perumahan yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga.
PGBF merupakan program yang dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd (dimiliki sepenuhnya oleh FELDA).
Projek PGBF sekarang dikenali sebagai Rumah Pahang, pada asalnya merupakan inisiatif kerajaan dahulu yang telah bermula daripada tahun 2013, yang dicipta bagi membantu golongan FELDA mendapatkan rumah.
Projek PGBF yang telah diambil alih oleh kerajaan negeri Pahang ini telah dibuka semula pendaftaran bagi projek generasi baharu Felda yang dijenamakan semula kepada Rumah Pahang di mana kerajaan negeri Pahang telah mengambil alih projek rumah yang terbengkalai agak lama.
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:
Boleh juga baca: Cara Mohon Rumah PPRT Online Dan Borang Permohonan
Di bawah program PGBF, pemohon yang layak akan mendapat kemudahan pembinaan rumah di atas lot kediaman generasi baharu FELDA (LGF) milik mereka sendiri. Pakej ini merangkumi:
Pemohon tidak perlu membeli tanah secara berasingan kerana rumah akan dibina di atas lot LGF yang sedia ada atas nama pemohon atau pasangan
Pemohon yang memenuhi syarat yang di tetapkan boleh dapatkan borang Permohonan melalui langkah berikut:
FIC Supplies Sdn Bhd, Aras 4, Balai Felda, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur.
Dokumen Penting yang perlu ada ialah:
Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:
Bagi berpendapatan tetap:
Terdapat 6 pakej perumahan yang ditawarkan Berikut adalah list setiap pakej harga rumah yang di tawarkan:
1. Rumah Katagori A (Alamanda):
2. Rumah Katagori B (Anggerik):
3. Rumah Katagori C (Teratai):
4. Rumah Katagori D (Kenanga):
5. Rumah Katagori E (Rafflesia):
6. Rumah Katagori F (Orkid):
Bolehkah bukan warga FELDA memohon?
Tidak. Program ini khusus untuk anak atau cucu peneroka FELDA yang memiliki Lot Generasi FELDA (LGF) yang sah.
Berapa lama proses kelulusan?
Tempoh kelulusan bergantung kepada kelengkapan dokumen dan penilaian pihak FIC Supplies. Disarankan agar anda mengikuti perkembangan permohonan secara berkala.
Adakah permohonan boleh dibuat secara online?
Setakat ini, permohonan masih perlu dihantar secara fizikal ke pejabat FIC Supplies di Kuala Lumpur. Semak laman web rasmi FELDA untuk sebarang kemas kini kaedah permohonan terkini 2026.
Apakah yang berlaku jika permohonan ditolak?
Pemohon boleh menghubungi pihak FIC Supplies untuk mendapatkan penjelasan dan boleh mempertimbangkan semula permohonan selepas memenuhi syarat yang kurang.
Program Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) adalah peluang emas bagi waris peneroka FELDA untuk memiliki rumah sendiri dengan pakej pembiayaan yang lebih mudah dan berpatutan.
Jika anda atau ahli keluarga anda adalah generasi FELDA yang memiliki lot LGF, jangan lepaskan peluang ini. Pastikan semua dokumen disediakan dengan lengkap, semak kelayakan terlebih dahulu, dan hubungi pihak FELDA untuk maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Layari laman web rasmi FELDA di felda.gov.my atau hubungi FIC Supplies Sdn Bhd di Aras 4, Balai Felda, Kuala Lumpur