Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
PPAM merupakan Skim Perumahan Penjawat Awam yang mampu milik dan khas untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.
Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri adalah layak dibawah skim ini.
Sistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan bagi perumahan ini.Melalui sistem ini, semua permohonan dan penawaran akan dilakukan secara berpusat
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:
1)Penjawat awam yang bekerja dengan
2)Warganegara Malaysia
3)Penjawat Awam (Tetap atau Lantikan Kontrak)
4)Moratorium 10 tahun
5)Penjawat Awam yang telah berpencen (Kad Pesara)
Permohonan dan maklumat projek akan di buka setelah pemaju mendapat Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan & Jualan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan dan maklumat tersebut akan di kemaskini dari masa ke semasa di di portal online Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Status Permohonan anda biasanya boleh di semak berdasarkan permohonan yang di buka.
Untuk makluman,untuk membuat pemilihan projek pemohon mestilah melengkapkan profil terlebih dahulu.
Terdapat beberapa peraturan yang telah di tetapkan seperti berikut:
Boleh rujuk senarai dan Lokasi Projek terbaru DISINI
Permohonan boleh di buat secara online dengan melayari Website Rasmi PPM melalui pautan berikut:
Tiada borang manual yang disediakan.Langkah permohonan boleh rujuk melalui infographik di bawah:

Boleh Rujuk Manual Pengguna melalui link di bawah:
https://www.ppam.gov.my/application/guide
Untuk Aplikasi Permohonan : https://apps.ppam.gov.my/
Berikut adalah dokumen penting yang diperlukan:
Pemohon hendaklah melengkapkan profil diri dan memuatnaik dokumen penting di atas.
Anda juga boleh baca: Cara Mohon Rumah IKRAM KPKT
Untuk membuat semakan permohonan,anda boleh log in dan buat semakan di portal rasmi dan melalui aplikasi yang disediakan.
Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.
Berikut adalah maksud bagi setiap status yang di pamerkan di dalam sistem:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:
Alamat Surat menyurat:
Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia
Laman Rasmi : https://www.ppam.gov.my/