Daftar BigPay eWallet : Cara Daftar,aktifkan dan Tambah Nilai
Dah daftar BigPay eWallet?Penggunaan eWallet sekarang semakin meluas kerana perkembangan teknologi yang pesat memudahkan ramai orang berbelanja tanpa perlu mengeluarkan wang dari mesin ATM.
Selain dari berfungsi sebagai eWallet,bigPay juga adalah sebuah kad debit berbentuk prepaid keluaran syarikat AirAsia.Tambahan lagi,BigPay bekerjasama dengan MasterCard dan tidak ada fee tambahan untuk exchange rate
Apakah itu BigPay
BigPay merupakan eWallet dan juga kad debit Prepaid Mastercard dalam bentuk Prepaid yang di perkenalkan oleh AirAsia. Tujuan penciptaan kad BigPay ini adalah bagi menyokong perbelanjaan dan pembayaran tunai secara tanpa sentuh iaitu “cashless”.
Jika anda menggunakan BigPay anda akan mendapat prepaid Mastercard dan eWallet.
Syarat dan kelayakan Permohonan
Untuk mendaftar anda hendaklah berumur 18 tahun keatas dan merupakan warganegara Malaysia.Anda memerlukan minimum RM20 untuk sebagai syarat daftar.
Namun,wang akan di kembalikan semula ke dalam akaun BigPay anda. Tiada caj tambahan dikenakan.
Cara Muat turun Aplikasi
Berikut adalah cara muat turun aplikasi tersebut:
Pastikan anda muat turun di pautan yang betul dan sah supaya tidak digodam oleh mereka yang kita tidak kenali.
Cara Daftar BigPay eWallet
Pendaftaran terbahagi kepada 2 peringkat iaitu daftar di Aps Bigpay dan apabila anda menerima kad tersebut
Berikut adalah cara untuk daftar:
Download aplikasi melalui pautan yang di berikan di atas
- Kemudian, tekan butang Sign Up.
- Untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay ini, sila pilih negara tempat tinggal anda, sama ada di Malaysia atau di Singapura.
- Pada ruangan No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
- Tekan butang Send Code, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah Enter your OTP.
- Seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta Passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda dan sahkan sekali lagi passcode anda.
- Tick pada terma & syarat akan tertera. Tekan link Terms and Conditions of the BigPay Card Sekiranya anda ingin membaca
- Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan seperti:
- Full Name – masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
- Email Address – masukkan emel anda yang aktif.
- Date of Birth – Pilih tarikh lahir anda.
- Gender – pilih jantina anda
- Nationality, pilih kewarganegaraan anda.
- NRIC Number – masukkan nombor kad pengenalan anda yang baru (nombor MyKad).
- Occupation – pilih pekerjaan anda.
- Pada ruangan Industry – pilih bidang pekerjaan anda.
- Setelah lengkap semuanya, klik Next.
- Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
- Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.
- Kemudian, tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
- Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran BigPay anda akan selesai.
NOTA: Kad prepaid Mastercard BigPay akan dihantar dalam proses 5-7 hari selepas membuat pendaftaran.
Apabila menerima Kad tersebut,anda perlu aktifkan kad tersebut dengan membuka Aplikasi BigPay dan masukkan No CCV di belakang kad anda.Selesai kad anda telah di aktifkan
Fungsi BigPay eWallet
Berikut apa yang anda boleh lakukan BigPay Ewallet:
- Minta bayaran daripada pengguna BigPay lain
- Hantar duit dengan pengguna BigPay yang lain
- Share bayar bil atau bayaran lain dengan kawan-kawan
- Buat atau minta bayaran menggunakan QR Code
- Transfer duit dari akaun BigPay ke bank tempatan
- Transfer/hantar duit ke bank luar negara
- Bayar bil elektrik, air, telefon postpaid, astro
- Bayar Loan Courts Mammoth
- Hantar Ang Pao dengan pengguna BigPay lain
Boleh juga baca: Daftar GrabPay EWallet:Login,Pengaktifan Dan Tambah Nilai
Cara Tambah Nilai/TOPUP BigPay eWallet
Berikut adalah cara untuk topup:
- Di aplikasi BigPay dan pada halaman utama klik pada ikon + pada sebelah jumlah baki anda.
- Kemudian masukkan nilai yang anda mahu tambah nailai. (Minima RM1)
- Kemudian anda pilih untuk topup menggunakan perbankan online, kad debit/kredit atau secara tunai di 7-eleven
- Tunggu dan ikut langkah demi langkah sehingga pembayaran selesai.
Cara withdraw Duit dari BigPay eWallet
Tersedia dengan fungsi DuitNow, selain boleh hantar duit ke akaun sendiri, anda juga boleh withdraw duit di dalam BigPay anda dengan transfer ke akaun Bank Anda
Berikut adalah langkah untuk keluarkan duit dari BigPay eWallet ke akaun bank anda:
- Di aplikasi BigPay dan pada bahagian Payments. Klik DuitNow Transfer
- Create atau klik New DuitNow Transfer dan pilih Account Number beserta jumlah wang yang anda ingin keluarkan (minima RM1.00)
- Paparan berikutnya,masukkan maklumat nama bank berserta nombor akaun. kemudian,klik Next
- Sebelum membuat pengesahan, semak maklumat terlebih dahulu. dah ok, klik Send
Automatik duit tadi akan masuk ke akaun bank milik anda.Boleh la anda withdraw macam biasa guna kad ATM Anda
Boleh baca: Kad Bank MayBank Expired: Ini cara Tukar
Kelebihan BigPay
Berikut adalah kelebihan yang di sediakan:
- Anda akan dapat kad fizikal dan eWallet
- Setiap perbelanjaaan anda akan dapat point untuk tebus tiket kapal terbang
- Kad Prepaid yang anda dapat boleh guna di ATM sama macam kad bank anda dan paling penting kad tersebut boleh digunakan diseluruh dunia
- Kadar tukaran wang asing pada harga yang terbaik disediakan disediakan khususnya ketika anda berada di luar negara.
- Tiada yuran pemprosesan ketika membeli tiket kapal terbang AirAsia
- Pendaftaran dan permohonan adalah percuma
- Tiada yuran tersembunyi
Makluman: RM6 akan dikenakan caj untuk pengeluaran duit di ATM di Malaysia dan RM10 untuk luar negara jika guna kad BigPay
Untuk hantar, minta, share bayaran dan Ang Pao, ia hanya boleh dilakukan sesama pengguna BigPay.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut,boleh layari melalui maklumat berikut:
Email: support.my@bigpayme.com