Daftar GrabPay eWallet:Login,pengaktifan dan Tambah Nilai
Dah Daftar GrabPay eWallet?Pada zaman teknologi ini,terdapat banyak penyedia perkhidmattan eWallet salah satu yang paling popular ialah GrabPay.
Sebelum ini,kita sedia maklum bahawa Grab merupakan rangkaian Perkhidmatan pengangkutan atau perkhidmatan e-hailing.Seiring dengan teknologi,mereka memperkenalkan memperkenalkan GrabPay bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan pembayaran secara cashless atau tanpa tunai.
Tidak semua orang tahu bagaimana cara aktifkan GrabPay,sebenarnya caranya sangat mudah namun bagi pengguna sedia ada yang guna Grab,mereka perlukan aktifkan akaun ini untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.
Apakah itu GrabPay eWallet?
Grab Merupaka sebuah perkhidmatan e-hailing atau seru pandu sahaja di Malaysia, Grab kemudian memperkenalkan GrabPay dimana mereka menaiktaraf serta mengemaskini ciri – ciri GrabPay yang boleh menghubungkan penggunaan kad kredit serta kad debit pada aplikasi Grab serta turut memperkenalkan ciri–ciri baru yang sangat efektif bagi transaksi harian.
Anda juga boleh baca : Daftar Touch ‘N Go EWallet:Login,Pengaktifan Kad Dan Tambah Nilai
Cara Muat turun Aplikasi
Berikut adalah cara muat turun aplikasi tersebut:
Pastikan anda muat turun di pautan yang betul dan sah supaya tidak digodam oleh mereka yang kita tidak kenali.
Cara Daftar Grabpay dan Aktifkan Akaun
Berikut adalah cara daftar,verifikasi dan Login kali pertama akaun:
- Bukan aplikasi Grab anda dan log masuk
- Klik pada tab “Payment” di bar menu di bawah.
- Seterusnya klik pada “Set up GrabPay wallet”
- Isikan butiran yang diperlukan seperti “Nama & Nombor MyKad” anda
- Pada bahagian pengesahan grabpay wallet, anda dikehendaki:
- Ambil gambar ID anda (MyKad) dan muat naik
- Ambil gambar ‘selfie’ bersama Kad Pengenalan anda
- Lengkapkan maklumat peribadi anda
- Anda akan terima pengesahan wallet anda berja diselesaikan di aplikasi Grab anda
- GrabPay Wallet anda sudah siap dan anda sudah siap untuk diisi!
- Tahniah, kerana mengaktifkan dompet anda. Anda sekarang akan dapat menggunakan dompet anda dengan ciri-ciri asas
Cara Tambah Nilai Grabpay
Untuk Top Up Nilai di GrabPay,anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka GrabPay eWallet anda
- Kemudian pilih butang ‘TOPUP’
- Selepas itu akan keluar pilihan untuk topup melalui kad kredit visa . mastercard anda / hubungkan dengan akaun Maybank anda / dengan online banking
Cara Membuat pembayaran Guna GrabPay
Untuk menggunakan kemudahan yang disediakan,anda boleh :
- membuat pembayaran di kedai – kedai terpilih, kaedah Scan and Pay akan digunakan di mana pengguna hanya perlu memilih ikon Pay di halaman utama GrabPay.
- Kamera pada aplikasi tersebut akan mengimbas kod QR di kedai tersebut.
- Sekiranya pembayaran berjaya dilakukan menggunakan GrabPay, notifikasi pembelian@pembayaran akan terpapar di skrin dan e-resit transaksi yang telah berjaya akan dipaparkan.
Kelebihan eWallet GrabPay
Berikut adalah kelebihan yang disediakan:
- 3x mata ganjaran GrabRewards – Lebih ganjaran lebih kelebihan untuk anda
- GrabPay Price – Nilai lebih baik sepanjang masa di mana-mana sahaja untuk farmasi, kedai runcit, restoran, pawagam dan banak lagi
- Beli insurans perjalanan dengan mudah – Dapatkan pemulangan wang 25%
- Segala perkhidmatan harian – Pembayaran lebih mudah dan lancar untuk barangan runcit, perkhidmatan kenderaan, tambah nilai prabayar dan banyakk lagi
- Selamat – Anda tidak perlu risau dengan adanya keselamatan anti penipuan sepanjang masa
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui cara berikut:
Website Rasmi: GrabPay
Social Media :Facebook Rasmi