Adakah anda pengguna Maybank dan Kad ATM Maybank anda sudah tamat tempoh atau rosak?Tiada masa untuk datang ke kaunter bank untuk tukar kad,kini anda boleh memohon secara di atas talian.Mudah dan senang serta penghantaran terus ke depan rumah
Caj yang akan di kenakan adalah RM12.Menurut Maybank, semua pemegang kad boleh memohon penukaran kad ini kecuali kes kehilangan kad atau terlupa nombor PIN.Di sini,kami kongsikan cara untuk anda tukar kad Maybank anda
Cara Tukar Kad ATM Maybank Online
Berikut adalah cara-cara membuat penukaran untuk kad ATM :
1.Log Masuk Maybank2u di sini (sila gunakan browser, bukan app)
2. Pergi ke bahagian Settings atau tetapan
3. Pilih Cards anda
4. Di bahagian Manage Debit Cards, pilih Replace Card atau tukar kad
DI Bahagian “Activate” anda akan guna bila kad baru sampoi nanti
Anda juga boleh baca: Cara Daftar MyBSN Online Banking 2021
5. Anda hendaklah masukkan alamat penuh anda untuk penghantaran nanti
6. Sila Klik Request TAC dan masukkannya diruangan yang ada untuk sahkan penukaran kad tersebut
Semua sudah siap.Senang dan mudah sahaja.Jangan lupa untuk aktifkan kad bila sampai sebelum lakukan sebarang transaksi.
Anda boleh juga rujuk video di bawah :
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi pihak maybank melalui Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 atau hadir ke Maybank terdekat untuk sebarang pertanyaan