Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Temujanji Online PUSPAKOM: Pemeriksaan,kos dan cara Mohon

0 2,154

Anda boleh buat Temujanji online PUSPAKOM terlebih dahulu untuk perkhidmatan yang anda inginkan.Untuk makluman anda,Mulai 1 September 2021, anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan((kecuali motosikal)) di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM terdekat anda kecuali Taman Daya, Sabah & Sarawak.Inisiatif urusniaga pebaharuan LKM bagi kenderaan persendirian di Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM ini akan dilaksanankan secara berperingkat di SEMUA 39 pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh Semenanjung Malaysia.

Bagi fasa awal pelaksanaannya, ia hanya akan melibatkan kenderaan persendirian, sama ada dimiliki oleh individu mahupun oleh syarikat.Orang ramai dinasihatkan untuk lakukan temujanji secara online terlebih dahulu sebelum hadir terus ke PUSPAKOM untuk memudahkan urusan anda.

Bagi mereka yang ingin menjual kenderaan,sudah tentu anda ingin tukar nama kepada pemilk baru dan memerlukan pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu.Jom kita semak bagaimana proses pemeriksaan untuk kenderaan terkini

Boleh juga baca: JPJeQ:Cara Daftar No Giliran Untuk Temujanji JPJ DI SINI

Perkhidmatan di PUSPAKOM

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan di PUSPAKOM:

  1. Periksa Kenderaan
  2. Perbaharui Insurans
  3. Perbaharui Cukai Jalan

Prosedur Pemeriksaan PUSPAKOM

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.

Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.

Bayaran/yuran untuk tukar nama pemilik

Berikut fi yang di kenakan untuk Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik adalah sebanyak RM30.

Dokumen penting

Berikut adalah dokumen yang perlu di bawa:

  • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Bahagian Pemeriksaan

Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

  1. IDENTITI : Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.
  2. CERMIN GELAP : Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
  3. POTONG SAMBUNG: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
cermin-gelap-PUSPAKOM

Anda juga boleh baca: Peraturan Cermin Gelap JPJ/PUSPAKOM Yang Dibenarkan:Syarat Dan Cara Memohon

Standard Pemeriksaan

PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan kami mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.

Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan PUSPAKOM di sini.

Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM

Untuk mencari pusat pemeriksaan_PUSPAKOM berhampiran anda,anda boleh rujuk di pautan berikut KLIK SINI

Borang Pelepasan Tanggungan (untuk kegunaan bagi semua cawangan di Sabah dan Sarawak sahaja)

Boleh Klik Borang Pelepasan Tanggungan untuk mencetak borang
Disini untuk Rujukan

Pemeriksaan E-Hailing PUSPAKOM

Bagi pemeriksaan e-hailing di PUSPAKOM untuk rujukan anda,anda boleh muat turun maklumat lanjut di sini:

https://www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2021/07/E-Hailing-BM_2-Julai-2021.pdf?fbclid=IwAR0TGN7y7LMW76rM34ABsTl1ZzXp239RfOTf4Hro59SIyKjIHxShsaWOBN8

https://www.puspakom.com.my/wp-content/uploads/2019/10/Slide_Handsout-E-Hailing_Rev-13.pdf?fbclid=IwAR2JfffP16cR3bK9hv0PNvxRsYRIH9Z3f_Y4ukIRsxPcTFi0_8KiSqDgm94

Pemeriksaan VVI (Pilihan Item Tunggal)

Anda boleh dapatkan Pemeriksaan secara Pilihan Item Tunggal dengan fi pemeriksaan hanya RM15.00 sahaja bagi satu item. 

Pemeriksaan VVI (Pilihan Item Tunggal)

Pembaharuan Cukai Jalan di PUSPAKOM

Untuk makluman,Anda boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan bagi kategori kenderaan berikut (hanya di Semenanjung Malaysia sahaja kecuali Taman Daya) bermula 1 September 2021 :

  • Kenderaan Perdagangan Decontrolled 7,500 kg ke bawah (tidak termasuk kenderaan berpermit seperti bas sekolah, teksi dan lain-lain)
  • Kenderaan Persendirian kecuali motosikal dan e-hailing

Pendaftaran Akaun MyPuspakom

Berikut adalah cara daftar akaun :

  1. Layari portal MyPuspakom https://www.mypuspakom.com.my
  2. Tekan butang DAFTAR MASUK KALI PERTAMA;
  3. Kemudian pada paparan Register, anda masukkan:
  4. Account Type samaada Company atau Individual.
  5. email anda yang sah
  6. Password dan sahkan Password tersebut.
  7. Seterusnya adalah Information, masukkan nama dan butiran alamat.
  8. Seterusnya masukkan Required Documents yang diperlukan.(pdf, jpg, png atau bmp)
  9. File yang diperlukan adalah
  10. MyKad pemilik
  11. Geran kenderaan.
  12. Tekan butang Register setelah anda selesai memuat naik file yang diminta.
  13. Pendaftaran anda selesai.

Cara buat Permohonan Temujanji Online PUSPAKOM

Mod pembayaran di kaunter PUSPAKOM adalah secara tunai.Berikut adalah cara membuat permohonan temujanji secara online:

.Temujanji PUSPAKOM renew road tax
  • Pilih daerah terdekat anda
  • Pilih tarikh temujanji boleh hadir. Pastikan anda free pada tarikh yang dipilih
Temujanji Puspakom
  • Pilih masa yang anda free dan boleh hadir
  • Isikan ruangan nama, alamat emel, nombor telefon dan nombor kad pengenalan
Cara buat temujanji PUSPAKom
  • Klik Book untuk pengesahan temujanji
  • Selesai. Anda akan menerima e-mel pengesahan temujanji melalui e-mel yang didaftarkan.

Boleh juga rujuk infografik di bawah untuk panduan permohonan:

Infografik cara buat temujanji PUSPAKOM

SOALAN LAZIM

Adakah semua kenderaan perlu dibuat pemeriksaan puspakom untuk proses pertukaran hak milik?

Menurut prosedur yang digariskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori sebelum proses tukar nama kereta atau pindah milik kenderaan boleh dilakukan.
Namun begitu, pemeriksaan Puspakom ini terkecuali untuk kenderaan motosikal.

Kenapa perlu dibuat pemeriksaan PUSPAKOM?

Tujuan pemeriksaan bertujuan melindungi pemilik baru kenderaan yang dijual daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung.

Bilakah saya boleh melakukan temujanji melalui MyPUSPAKOM?

Temujanji boleh dilakukan seawal 1 bulan dan selewat- lewatnya 12 jam sebelum Tarikh Temujanji yang dikehendaki. (Tertakluk kepada slot yang tersedia).

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh di ajukan melalui saluran berikut:

  1. Talian khidmat pelanggan PUSPAKOM: 03-51017000
  2. Email: customerservice@puspakom.com.my
  3. Laman Rasmi PUSPAKOM: https://www.puspakom.com.my/
  4. Laman Rasmi Facebook: https://www.facebook.com/puspakomvehicleinspection
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via