Umum kita tahu,sejak pelaksanaan PKP terdapat banyak peningkatan orang ramai datang ke JPJ dan disebabkan banyak rungutan yang diterima oleh ramai orang disebabkan waktu menunggu yang lama,pihak JPJ telah membuat keputusan dengan membuat sistem temujanji di dalam talian iaitu sistem JPJeQ.
Tahukah anda apakah itu sistem JPJeQ dan bagaimana ia dapat membantu anda untuk memudahkan urusan anda?Jom kami akan kongsikan maklumat penuh di sebalik penubuhan sistem JPJeQ.
Maklumat mengenai Sistem JPJeQ
Sistem ini merupakan salah satu inovasi prihatin rakyat oleh JPJ bagi memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.Aplikasi mobile ini adalah sistem menunggu giliran secara dalam talian yang boleh digunakan oleh orang ramai yang ingin berurusan di JPJ seluruh Malaysia. Sistem ini baru sahaja dilancarkan pada 12 April lalu sempena sambutan hari JPJ.
Anda juga boleh baca: Cara Mohon MyKad Kanak-Kanak 12 Tahun Online
Fungsi dan Kemudahan Sistem ini
Antara fungsi dan kemudahan Aplikasi Mobile ini ialah
- membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
- menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
- mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.
Cara menggunakan Sistem JPJeQ
Cara menggunakan aplikasi ini adalah:
- Pemohon hendaklah Muat turun aplikasi JPJEQ di aplikasi telefon pintar anda
- Buka aplikasi JPJEQ di telefon anda apabila anda hadir ke cawangan JPJ yang anda pilih
- Scan QR Code menggunakan aplikasi tersebut
- Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu.
Lepas dah ambil nombor, bolehlah kita pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat.Anda boleh tahu angka giliran terkini untuk anggarkan ketibaan giliran anda.Ia juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba.
Boleh muat turun aplikasi ini di :
- Google App Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpj.queue&hl=en&gl=US
- Apple App Store: https://apps.apple.com/us/app/jpjeq/id1545069171