Cara mohon MyKad kanak-kanak 12 tahun online
MyKad kanak-kanak 12 tahun online.Kepada ibu bapa yang mempunyai anak berumur 12 tahun pada tahun ini,terbaru kini permohonan MyKad 12 tahun boleh di buat secara dalam talian.
Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.
Cara buat Pendaftaran akaun MyGovernment
Sebelum membuat permohonan,pengguna mesti mendaftar dahulu.Berikut adalah cara-caranya:
1.Klik pada link: https://www.malaysia.gov.my/portal/register
2. Isikan semua butiran yang diperlukan
3. Masukkan kod verifikasi yang dipaparkan
4. Klik pada butang Hantar
5. Paparan notifikasi akan dipamerkan seperti gambar di bawah, satu emel telah dihantar kepada emel yang telah didaftarkan
6.Semak peti emel yang telah didaftarkan, klik pada butang Click here to activate your account
7. Isikan password yang ingin didaftarkan
8. Isikan semula password yang sama bagi pengesahan
9. Masukkan kod verifikasi yang tertera
10. Klik pada butang SUBMIT
11. Pendaftaran akaun MyGovernment anda sudah berjaya!
Boleh juga baca: Cara Mohon Gantikan MyKad Hilang/Rosak Secara Online
Cara membuat Permohonan Mykad kanak-kanak 12 tahun Online
Setelah membuat pendaftaran akaun,berikut adalah langkah untuk daftar MyKad:
1. Login dengan klik butang LOG MASUK/LOGIN
2. Klik butang Password
3. Isi pada ruangan disediakan Nombor Kad Pengenalan / No. Passport / Email
4. Klik pada butang NEXT
5. Isi kata kekunci yang telah didaftarkan pada ruangan disediakan
6. Klik pada butang LOGIN
7. Tandakan pada kotak ‘Saya Setuju’
8. Klik pada butang Setuju
9. Isikan maklumat diperlukan (pastikan ruangan bertanda * diisi) dan klik pada butang HANTAR
10. Sila klik pada butang OK
11. Pastikan klik butang Cetak untuk mendapatkan slip permohonan
12. Sila bawa salinan tersebut ke Kaunter JPN untuk membuat permohonan lanjut
Maklumat lanjut
Sebarang kemusykilan dan masalah boleh hubungi:
Website Rasmi: https://www.jpn.gov.my/my/
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my)