Gantikan MyKad Hilang/Rosak.MyKad adalah satu identiti atau dokumen penting yang menunjukkan kita adalah warganegara Malaysia.Mykad sangat penting dan diperlukan jika anda nak berurusan dengan pelbagai pihak.
Menurut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) hendaklah memohon kad pengenalan gantian dengan segera.
Jika anda kehilangan kad pengenalan atau cip rosak,jangan bimbang kerana anda boleh memohon gantian Mykad anda secara online,tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama di JPN.
Untuk makluman anda,permohonan penggantian kad pengenalan yang boleh dilakukan secara online adalah :
1) Gantian Kerosakan Fizikal Kad 2) Gantian Kerosakan Cip 3) Gantian Biasa 4) Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)
MyKad -kad pengenalan identiti rasmi Malaysia yang dikeluarkan mulai 12 tahun ke atas kepada warganegara Malaysia (juga kepada pemastautin tetap dan anggota tentera/polis dengan varian seperti MyPR, MyTentera, MyPolis)
Dilancarkan secara rasmi pada 5 September 2001, sebagai sebahagian daripada inisiatif aplikasi terunggul MSC Malaysia, menjadikan Malaysia antara negara pertama di dunia yang mengintegrasikan biometrik cap jari dalam cip identitinya
Tujuan dan Fungsi Utama
Kad ATM (dengan bank tertentu)
Pengenalan Diri dan Warganegara – mengandungi maklumat personal, cap jari, dan foto.
Kad Pelbagai Fungsi (Government Multipurpose Card, GMPC):
Lesen memandu (jika diaktifkan)
Dompet elektronik seperti Touch ’n Go & e‑cash
Sijil digital untuk transaksi selamat (PKI)
Bila perlu tukar Mykad anda?
kad perlu di tukar bila:
Kad gagal dibaca : Tidak boleh di ‘scan’ di mesin atau kiosk layan diri (self-service kiosk)
Urusan ditolak oleh bank atau agensi kerajaan : Sistem tidak dapat mengesan data daripada kad anda.
Perlu dicuba banyak kali untuk lepas imbasan : Tanda cip mula bermasalah dan perlu diganti segera.
Kad rosak fizikal (calar, retak, bengkok) : Boleh menjejaskan cip dan fungsi kad sepenuhnya.
Kad terlalu lama digunakan (lebih 10 tahun) : Risiko cip haus, data terpadam atau gagal berfungsi.
Cara membuat permohonan gantikan MyKad Hilang/Rosak
Berikut panduan bergambar yang kami sediakan untuk anda:
Klik LOG MASUK bagi yang pernah mendaftar akaun MyGoverment. Bagi yang belum ada akaun MyGovernment,boleh daftar dahulu.
Daftarkan akaun dengan mengisi maklumat yang diminta.
Lepas dah aktifkan akaun, korang akan diberi link. Klik link tersebut dan log masuk.
4.Dah log masuk, baca penjelasan yang dinyatakan. Di bahagian ganti MyKad,KlikMohon disini.
5.Baca Akuan Penafian dan klik Setuju.
6.Kemudian isikan maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik Teruskan/ Proceed
7.Semak maklumat yang telah diisi. Pastikan semuanya tepat. Klik pada kotak Saya Setuju dan kemudian klik Teruskan
8.Selepas klik Teruskan,anda akan di bawa laman baru untuk pembayaran. Selesaikan pembayaran dan kemudian simpan resit sebagai bukti pembayaran dan selesai!
9.Semakan boleh dilakukan melalui SMS dengan cara taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888.Bila anda dapat SMS yang menyatakan MyKad anda boleh di ambil,boleh pergi ke cawangan JPN terdekat andaDapat jimatkan masa anda kerana prosesnya ambil Mykad tidak mengambil masa yang lama.
Tempoh Masa Kutipan
Kutipan di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC boleh dilakukan dalam tempoh 30 minit selepas transaksi permohonan dalam talian berjaya.
Kutipan di JPN cawangan Semenanjung Malaysia boleh dilakukan dalam tempoh selepas 5 hari waktu bekerja dengan syarat transaksi permohonan dalam talian berjaya.
Kutipan di JPN cawangan Sabah dan Sarawak boleh dilakukan dalam tempoh selepas 7 hari waktu bekerja dengan syarat transaksi permohonan dalam talian berjaya.
Untuk makluman anda,gantian Mykad yang baru boleh di lakukan melalui panggilan telefon.Ini memudahkan bagi warga emas yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai online.
Anda boleh membuat hubungi talian hotline JPN di 03-8880 8066 pada waktu berikut:
Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat
Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang
Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang
Ringkasan Soalan Lazim MyKad Rosak & Ganti IC Baru
Umur Ganti Kad Pengenalan Kad pengenalan pertama yang dibuat ketika umur 12 tahun perlu diganti apabila mencapai umur 18 tahun. Penukaran antara umur 18–25 tahun tiada denda.
Belum Miliki Kad Pengenalan Selepas 25 Tahun Wajib hadir ke JPN untuk daftar lewat, dengan bawa dokumen seperti sijil lahir dan kad pengenalan penganjur.
Warganegara Asing & Status Pemastautin Tetap Layak mohon kad pengenalan (Merah) di JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri dengan dokumen permit masuk, pasport, dan bayaran RM40.
Bayaran Cip Rosak Jika cip rosak bukan sebab kecuaian dalam masa setahun, gantian percuma; lebih setahun, caj RM10 dikenakan.
Bayaran IC Hilang Bayaran berbeza mengikut bilangan kehilangan. Rujuk jadual bayaran di JPN.
Tempoh Siap MyKad 30 minit di pejabat utama JPN, 5 hari bekerja di cawangan Semenanjung, 7 hari di Sabah/Sarawak/Labuan untuk warganegara tiada masalah permohonan.
Penukaran Alamat Penukaran alamat pada cip tidak dibenarkan. Hanya tukar dengan pengeluaran kad pengenalan baru.
Bayaran Elektronik JPN terima tunai, kad kredit, debit dan MEPS.
Masalah Cap Jari Hadir ke JPN untuk cetakan cip jika masalah cap jari timbul ketika berurusan.
Kehilangan IC Kali Kedua Perlu buat laporan polis dan hadir ke JPN bersama laporan tersebut.
Permohonan IC Secara Temujanji Permohonan boleh dibuat secara online di sistem temujanji JPN.
Cara Ganti IC/MyKad Rosak Empat pilihan: kaunter JPN, MyPhone-In, JPN E-services (online) & bas/van bergerak JPN. Permohonan ganti online hanya untuk 4 kategori: kerosakan fizikal, kerosakan cip, gantian biasa, hilang kali pertama akibat kecuaian.
Pertanyaan Lanjut Boleh dibuat melalui e-Pertanyaan SISPAA JPN atau hubungi talian rasmi yang dinyatakan.