Cara mohon telefon pintar YES dan data percuma untuk B40
Mohon telefon pintar YES.Baru-baru ini,kerajaan telah mengumumkan Program Jaringan PRIHATIN dimana kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi yang terlibat.Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan PRIHATIN.
YES dengan kerjasama Shopee dalam program Jaringan Prihatin menawarkan telefon pintar dan data percuma kepada golongan B40. Bukan itu sahaja, penerima akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang payaran.
Maklumat YES PRIHATIN
YES Prihatin menawarkan kemudahan-kemudahan seperti:
Belajar Dari Rumah Keluarga
- Telefon pintar percuma
- Data 30GB Percuma/Bulan
- Baucar RM50 Shopee
- Aplikasi Pendidikan
- Tempoh sah: 12 bulan
Belajar Dari Rumah Individu
- Telefon pintar percuma
- Data 15GB Percuma/Bulan
- Baucar RM50 Shopee
- Aplikasi Pendidikan
- Tempoh sah: 12 bulan
Syarat kelayakan untuk memohon
Tawaran ini hanyalah untuk individu yang memenuhi syarat berikut:
- Golongan B40
- Isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850
Selepas membuat permohonan di talian,Pihak YES akan membuat semakan lanjut untuk memastikan hanya golongan B40 sahaja yang layak menerima bantuan ini.
Baca juga: Bantuan Smartphone Percuma B40 Semakan Dan Permohonan Online
Cara mohon telefon pintar YES dan data percuma YES
Sekiranya anda adalah individu yang layak,anda boleh membuat tuntutan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Layari halaman berikut: https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin
Klik TUNTUT SEKARANG
- Isikan MAKLUMAT anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan di laman tersebut.
- Tunggu STATUS PERMOHONAN anda. Jika permohonan anda berjaya,anda akan mendapat sebuah telefon pintar dan data percuma dari YES
Cara dapatkan baucer RM50 Shoppe percuma
Untuk dapatkan baucer Rm50 Shoppe,anda hendaklah aktifkan ShopeePay di aplikasi Shopee yang dipasang dalam fon pintar baru anda.
Setiap pengguna yang berjaya mendapatkan fon pintar baru dari YES akan menerima ganjaran cashback apabila membayar dengan ShopeePay di kedai-kedai tertentu.
Pihak YES akan menghantar notifikasi di aplikasi Shopee kepada rakyat B40 mengenai ganjaran eksklusif ini dalam masa 5 hari bekerja selepas permohonan anda diluluskan oleh pihak YES.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat,boleh rujuk https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin dan dan rujuk soalan lazim (FAQ) di SINI.