Cara mohon skim SPUR SPUNB bantuan pembiayaan sehingga RM 100,000

0 775

Skim SPUR SPUNB.Penangan Covid-19 sememang memberi kesan yang teruk kepada golongan usahawan yang terpaksa bergolok gadai dan terjejas.Jesteru itu,Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) bagi membantu individu bumiputera yang kehilangan pekerjaan berikutan penangan pandemik Covid-19.

Skim ini juga diperkenalkan dengan matlamat untuk membantu individu Bumiputera yang ingin ceburi atau sedang menjalankan perniagaan dan terkesan.Di bawah kami kongsikan serba sedikit mengenai skim ini.

Apakah skim SPUR SPUNB?

Skim ini merupakan inisiatif dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 khusus untuk membantu individu/entiti Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan setelah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

Antara objektif SPUR oleh PUNB ialah

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi

Maklumat Lanjut pembiayaan

Berikut disertakan jumlah pembiayaan yang akan diterima:

  • Jumlah Pembiayaan: RM50,000 – RM100,000
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)
  • Kadar Keuntungan: 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan

Kelebihan Skim Pembiayaan ini

  1. Latihan dan Pembangunan Usahawan
    Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
  2. Sewaan Hartanah PUNB 
    Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan yang kompetitif. 
  3. Ibra’ Pembiayaan 
    Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat)

Boleh juga baca: Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN Sehingga RM 5000 Untuk Peniaga Tanpa SSM

Syarat dan kelayakan untuk memohon

Antara syarat-syarat kelayakan yang diperlukan:

  1. Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak Covid-19
  2. Berumur 18 hingga 55 tahun
  3. Warganegara Malaysia
  4. Telah memulakan perniagaan atau beroperasi sekurang-kurangnya mulai Mac 2020
  5. Perniagaan sepenuh masa
  6. Perniagaan jenis entiti milikan tunggal/ perkongsian/ Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)/ Sendirian Berhad
  7. Perniagaan patuh Syariah
  8. Jenis perniagaan peruncitan/ pemborongan/ pembuatan dan kejuruteraan

Cara membuat permohonan skim SPUR SPUNB

  • Pemohon terlebih dahulu hendaklah mendaftar permohonan di laman web yang disediakan dibawah: www.punbbiz.com.my
  • Isikan butiran maklumat sehingga selesai dan kemudian memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian. Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.
  • Proses penilaian dan penyemakan dokumen permohonan akan di nilai oleh jawatankuasa penilaian PUNB.
  • Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk membuat pembentangan Rancangan Perniagaan dan video perniagaan bagi sesi penilaian oleh juri penilai.
  • PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.
  • Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan bagi pengeluaran dana, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

Tarikh Permohonan

Permohonan di buka selama 1 bulan iaitu bermula dari 7 Mei 2021 secara atas talian di portal rasmi PUNB .

Dokumen Sokongan yang diperlukan

Disini kami senaraikan dokumen penting yang di perlukan:

i) Perniagaan yang telah beroperasi

  • Surat/bukti pemberhentian kerja.
  • Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  • Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  • Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
  • Pendaftaran syarikat:
  • Bagi pendaftaran Enterpris, sila sertakan Borang D (Milikan
  • Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).
  • Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.

ii) Perniagaan yang baru beroperasi

  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Surat/bukti pemberhentian kerja.
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  • Penyata akaun individu/akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini.

Soalan Lazim

Bolehkah SPUR yang diluluskan digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan sedia ada dengan mana-mana institusi kewangan lain?

Tidak boleh. Pembiayaan SPUR tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan bagi mana-mana kredit/ pinjaman/ pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan lain.

Adakah saya perlu membayar sebarang yuran?

Ya. Anda perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak RM300 dan 1 bulan deposit sekuriti jika permohonan diluluskan dan diterima oleh pemohon. Yuran dan deposit sekuriti ini akan ditolak daripada pembiayaan

Bagaimanakah PUNB menyalurkan dana kepada pemohon yang berjaya?

Penyaluran dana adalah seperti berikut:
Pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun pembekal atau pihak berkaitan yang diluluskan bagi pembelian aset tunggal yang melebihi atau sama nilai dengan 10% daripada jumlah pembiayaan.
Lain-lain tujuan pembiayaan atau pembelian asset dibawah 10% daripada jumlah pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun syarikat.

Apakah dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan yang berjaya kelak?

1. Sijil perniagaan SSM / Siji profesional
2. Invois
3. Penyata akaun bank
4. Surat kebenaran akad
5. Surat aku janji
6. Notis pengeluaran
7. Resolusi lembaga pengarah(Sendirian Berhad) – penerimaan kemudahan pembiayaan
8. Surat persetujuan penerimaan pembiayaan (LLP)
9. Data perlindungan peribadi (PDP2)

Bilakah keputusan dana SPUR akan dimaklumkan kepada pemohon yang lulus?

Keputusan dana SPUR akan dimaklumkan kepada pemohon yang lulus dalam jangkamasa 20 hari waktu bekerja iaitu selepas selesai sessi pembentangan perniagaan (pitching) dijalankan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan penerangan lanjut,boleh layari :

  1. Laman rasmi PUNB, www.punb.com.my 
  2. Telefon: 1300 13 7862
  3. Alamat e-mel kepada [email protected]


Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More