Cara mohon Skim BSN Mikro PEMERKASA Bantuan Pembiayaan sehingga RM50,000

0 1,148

Skim BSN Micro PEMERKASA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.

Sebelum ini,kerajaan teleh meluluskan peruntukan sejumlah 1 bilion ringgit untuk kemudahan pinjaman bagi membantu PKS & Usahawan Mikro.Jesteru itu,kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana tambahan sebanyak 500 juta ringgit dalam pakej PEMERKASA bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.

Maklumat Pembiayaan Skim BSN Mikro PEMERKASA

Berikut adalah maklumat mengenai skim pembiayaan ini:

  • Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset
  • Amaun Pinjaman: Sehingga RM50,000
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulananbulanan
  • Kadar 3.00% setahun

Anda boleh baca juga:
Cara Mohon Skim SPED Pembiayaan Ekonomi Desa SME Bank Sehingga RM250,000
Cara Mohon Skim Agro-YES Agrobank Pembiayaan Sehingga RM200,000

Jenis skim Pembiayaan

  1. BSN Micro/i PEMERKASA
  2. BSN Micro /i PEMERKASA MAMPAN
  3. BSN Micro/i PEMERKASA-NITA
  4. BSN Micro/i PEMERKASA BELIA

Syarat dan kelayakan memohon

Antara syarat-syarat dan kelayakan untuk memohon:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Dokumen yang di perlukan

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
  3. Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
  4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

Cara membuat permohonan Skim BSN Mikro PEMERKASA

PKS yang layak dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan dengan cara berikut:

  1. Muat turun borang pemohonan di pautan https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/forms/micro.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada cawangan BSN yang berhampiran anda.

Soalan Lazim

Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro/i PEMERKASA?

Antara yang layak memohon ialah Peruncitan dan pemborongan,Pembuatan dan Perkhidmatan

Apakah tujuan BSN Micro/i PEMERKASA?

Tujuan adalah untuk Modal Kerja dan Pembelian Aset

Berapakah amaun pembiayaan/ pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro/i PEMERKASA?

Amaun pembiayaan/ pinjaman adalah di antara RM5,000 hingga RM50,000

Berapa lama tempoh pembiayaan/ pinjaman bagi BSN Micro/i PEMERKASA?

Tempoh pembiayaan/ pinjaman adalah di antara 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

Berapakah kadar keuntungan/ faedah bagi BSN Micro/i PEMERKASA?

3.00% setahun

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 1300-88-1900 atau Lawati laman sesawang BSN website: https://www.bsn.com.my

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More