Cara mohon skim SPED Pembiayaan Ekonomi Desa SME Bank Sehingga RM250,000

0 731

Berita baik untuk usahawan desa yang berkelayakan,SME Bank menawarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dimana skim ini memberikan kemudahan pembayaran yang mudah tanpa cagaran dengan kadar ansuran yang rendah bagi membantu tahap peningkatan ekonomi di luar bandar sahaja.

SPED hanya di buka untuk usahawan bumiputera yang beroperasi di luar bandar mengikut dasar dan ketetapan di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) sahaja.

Objektif skim SPED Pembiayaan Ekonomi Desa

  1. Membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.
  2. Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan Bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
  3. Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.

Maklumat Pembayaran skim SPED Pembiayaan Ekonomi Desa SME Bank

Had pembayaran adalah Minimum RM20,000.00 dan tidak melebihi maksimum RM250,000.00 untuk setiap permohonan

Tempoh pembiayaan adalah dari 3 tahun sehingga 7 tahun. (tidak termasuk Tempoh Tangguhan selama 6 bulan)

kadar keuntungan ialah 5% setahun atas baki bulanan untuk jumlah pembiayaan.

Bentuk Pembiayaan

SPED menawarkan bentuk pembiayaan melalui:

  • Pembelian aset / mesin / peralatan;
  • Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;
  • Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan;

Boleh juga baca:
Cara Mohon Skim Agro-YES Agrobank Pembiayaan Sehingga RM200,000

Skop Pembiayaan

Jenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak menyalahi undang-undang seperti berikut:

  • Pembelian aset / mesin / peralatan;
  • Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;
  • Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan;

Syarat Permohonan skim SPED Pembiayaan Ekonomi Desa

Hanya pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat seperti berikut:

  • Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan satu (1) salinan Borang Permohonan.
  • Melampirkan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan.
  • Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat/cawangan berdaftar di luar bandar MPLB.
  • Perniagaan dimiliki sepenuhnya pegangan individu 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang.
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.
  • Mempunyai Lesen Berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.
  • Had pendedahan baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM500,000.00 dengan pengiraan had pendedahan dan pengecualian seperti berikut:
    • Firma, Syarikat Sdn Bhd, PLT dan Koperasi – Tidak meliputi pembiayaan di atas nama pengarah/pemegang saham.
    • Pengecualian untuk pembiayaan SPED sedia ada dan Premis Perniagaan sahaja.
  • Semakan laporan kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang tiada tunggakan dan sekiranya ada, resit bayaran perlu dilampirkan.
  • Pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.
  • Mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit atau Pengurusan bagi Firma / Syarikat Sdn Bhd / PLT / Koperasi mengikut tahun beroperasi (minimum 1 tahun).
  • Mengemukakan Penyata Bank firma/syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini.
  • Melampirkan salinan bagi Perjanjian Sewa Premis dan/atau Surat Kebenaran Menduduki yang dimatikan setem atau Geran Tanah. Walau bagaimanapun, ‘Sublet’ (sewa atas sewa) bagi sesebuah premis perniagaan adalah tidak dibenarkan.
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk firma perseorangan atau salah seorang bagi firma perkongsian, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi.
  • Lain-lain dokumen berkaitan yang diperlukan bagi penilaian kredit dan kemampuan bayaran balik Pelanggan.

Cara membuat permohonan

  1. Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat/ Cawangan Bank Pelaksana atau di KPLB.Borang boleh di download DiSINI
  2. Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.
  3. Borang Permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.Antara Senarai Dokumen Dikemukakan Bersama Permohonan boleh rujuk di pautan INI
  4. Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.

Permohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana, manakala yang tidak diluluskan akan dimaklumkan oleh KPLB. Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pembiayaan dengan Agensi Pelaksana. Pengeluaran wang pembiayaan dibayar terus oleh Bank kepada senarai pembekal-pembekal.

Maklumat Lanjut

Sebarang masalah boleh rujuk di laman www.rurallink.gov.my/ atau hubungi talian berikut:

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More