Skim DanaNITA MARA merupakan Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.Sehingga kini,1 juta baru sahaja di gunakan berbanding dana RM25 yang ditawarkan oleh pihak MARA
Skim ini khusus untuk wanita yang ingin meluaskan lagi perniagaan atau membina semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik.MARA berharap lebih ramai lagi usahawan wanita yang membuat permohonan di sebabkan dana masih banyak.
Kelayakan memohon Skim DanaNITA MARA
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
- Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Perniagaan Patuh Syariah
- Bebas daripada Senarai Hitam MARA
Kelonggaran Syarat:
- Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
- Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan
Maklumat tentang Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
Berikut adalah maklumat bantuan pembiayaan yang akan di terima:
- Pembiayaan bantuan adalah untuk Modal Pusingan dan Pembelian Mesin dan Peralatan
- Had Pembiayaan adalah sehingga Rm150,000
- Tempoh Pembiayaan adalah sehingga 1 – 10 tahun @ 12 – 120 bulan dimana kadar keuntungan adalah sebanyak 3.5%
Bole juga baca:
Cara Mohon Skim SPED Pembiayaan Ekonomi Desa SME Bank Sehingga RM250,000
Cara Mohon Skim Agro-YES Agrobank Pembiayaan Sehingga RM200,000
Cara Mohon Skim BSN Mikro PEMERKASA Bantuan Pembiayaan Sehingga RM50,000
Jaminan dan cagaran Pemohon
- Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
- Pembiayaan RM50,001.00 hingga RM150,000.00:
- Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Gabungan kedua-duanya sekali
Atau
- Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Cara membuat permohonan
Kepada usahawan wanita yang layak dan memenuhi syarat yang diperlukan,boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan berikut:
Permohonan Dalam Talian DanaNITA MARA
Anda juga boleh hadirkan diri ke pejabat Mara yang terdekat untuk membuat permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan,boleh hubungi:
- No telefon: 03 2613 2000
- Website rasmi: Laman Web Mara & Laman Khas DanaNITA






